Tips Kurangkan Serangan Asma
9:30:00 AMsumber : Google |
Asma adalah penyakit yang disebabkan keradangan di saluran udara paru-paru. Apabila terdedah dengan bahan yang boleh mencetuskan keradangan, dinding saluran udara ke paru-paru akan menjadi tebal dan saluran tersebut akan menjadi sempit.
Tips yang berikut diharapkan dapat membantu mengurangkan serangan asma.
- jangan merokok dan jangan dedahkan diri pada asap rokok.
- berhati-hati dalam pengambilan ubat, kerana ada sesetengah ubat-ubatan dapat mencetuskan serangan asma
- dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil sebarang ubat
- elakkan kawasan berdebu
- gunakan 'face mask' apabila berhadapan dengan pencemaran udara.
- elakkan menggunakan permaidani di rumah
- elakkan memelihara haiwan seperti anjing dan kucing
- pastikan udara dalam rumah sentiasa beredar dengan baik
- sentiasa menjaga kebersihan rumah
Sumber : MIDI (Bil 174)
3 comments
nice sharing .. :D
ReplyDeletethank for the sharing... :D suke blog ni cantek! :D
ReplyDeletejindrisska.blogspot.com
Baru tadi nasihatkan sorang patient supaya quit smoking sebab dia baru didiagnose bronchial asthma.
ReplyDelete