Kepada Suami Yang Ingin Berkahwin Lagi

8:30:00 AM


"Seorang lelaki ingin kahwin seorang lagi. Isterinya amat marah dan kini mereka asyik bergaduh. Mereka sudah ada anak 7 orang dan sebelum ini semuanya amat rapat..
Lelaki tadi minta nasihat saya kerana isterinya minta cerai dan kini sudah bergaduh besar..
Tanya saya sejauh mana hubungan abang dengan wanita yang dikenali itu?
Jawabnya baru-baru kenal tapi saya amat jatuh hati dengannya.

Jawab saya, Allah sayang abang. Niat abang itu amat baik dan mulia kerana ianya halal dan jalan yang diredhai Allah.. Tapi bila isteri kita tak sanggup dan tak redha abang kena fikirkan semula walaupun abang memang ketua keluarga. Memilih yang lebih banyak kebaikan dan jalan yang lebih kurang mudharat..Jika isteri suka dan keluarga semua merestui alhamdulillah itu rezeki abanglah...tapi bila begini fikirkanlah semula yer abang...jangan kita dapat 2 jasad tapi kehilangan hati-hati yang mengasihi kita selama ini.....
Hargai isteri yang bersama-sama kita dari susah. Yang sama-sama menanggung pelbagai kesusahan sehingga berkorban berikan abang 7 orang anak..isteri yang puas bersama suka dan duka bersama abang. Isteri yang 7 kali mati demi abang.
Isteri yang setia dan bersabar menjaga anak-anak ketika abang tiada di rumah atau berjumpa kawan-kawan. Wanita yang meninggalkan seluruh keinginan dan perasaannya demi abang. Mencari isteri seperti ini sangat susah...
Saya lihat wanita bernama isteri sehingga lupa pakaian kegemarannya, lupakan makanan kegemarannya, lupakan cita-citanya demi suami. Saya kenal isteri abang, orang baik. Didik anak dengan sunnah. Isteri yang sabar menahan perangai suami walaupun di mata suaminya sudah tiada sinar cinta dan sayang..
Anak abang 7 orang yang amat baik akan dalam dilema dan akan memilih ibu selalunya. Abang bersusah payah mendidik mereka dengan kebaikan selama ini, saya yakin. Paling menakutkan mereka bukan sahaja benci kita tapi membenci segala kebaikan yang kita ajarkan pada mereka. Mereka anak abang tapi jika ibu mereka diceraikan mereka anak abang secara zahir tapi bukan dalam hati mereka lagi. Kasihan anak-anak. Janganlah bebankan mereka dengan dilema yang tidak perlu mereka fikirkan..
Bersyukurlah abang. Syukurlah dengan yang ada. Memang kalau ikut hati macam-macam kita nak. Tapi tekanlah nafsu dan perasaan kita dan sibukkanlah diri dengan kerja dakwah Nabi saw. Berjuang di jalan Allah. Fikir agama. Makmurkan masjid. InsyaAllah dalam syurga penuhkanlah segala keinginan kita...
Dah banyak keinginan kita Allah penuhkan. Memiliki nikmat sebanyak apa yang kita miliki hari ini...sekali sekala tanya apa yang Allah nak dari kita.
Dia terus kata, betul lah ustaz. Ini salah saya. Saya akan betulkan. Saya setuju dengan ustaz "

- Ustaz Ebit Lew 
(sumber : status FB Ebit Lew)

You Might Also Like

3 comments

Featured Post

Followers