Ranau,Sabah Dilanda Gempa Bumi 6.0 Richter
9:42:00 AM![]() |
Difahamkan, beberapa premis perniagaan termasuk bank dan pejabat kerajaan mengalami keretakan serta cermin pecah berikutan gegaran kuat berkenaan. Di Kota Kinabalu, penduduk di apartmen serta kakitangan awam dan swasta di bangunan tinggi diarahkan mengosongkan premis serta-merta. Sementara itu, Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah, Abdul Malek Tussin, berkata gegaran dirasai di seluruh kawasan pantai barat, utara dan pedalaman Sabah selain turut dirasai di Sandakan. Ranau dikenal pasti paling teruk terjejas dengan beberapa bangunan dikatakan mengalami kerosakan berikutan kedudukannya paling hampir dengan pusat gempa.
Sumber dan bacaan selanjutnya . KLIK
2 comments
semoga mereka di sabah berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja hendaknya...
ReplyDeleteteruk nyeeee....hope semua nya ok..
ReplyDelete