Doa Mustajab

8:00:00 AM


“Doa itu otak ibadah” (hadis riwayat Tarmizi)

Bagaimana hendak mendapatkan doa yang mustajab?
Jom lihat antara intipati yang disampaikan.


  1. Menjaga adab ketika berdoa

Antara tertib berdoa yang berpotensi mendapat perkenan Allah ialah:

  • Bertaubat kepada Allah S.W.T terlebih dahulu atas segala kesalahan yang telah dilakukan. Boleh mengerjakan solat sunat taubat dan disusuli dengan beristighfar.
  • Lakukan solat-solat sunat seperti solat tasbih, solat tahajjud dan witir sebelum berdoa.
  • Tadah tangan ke arah kiblat sambil menghadirkan rasa ikhlas di dalam hati dan bersungguh-sungguh untuk memohon hajat ke hadrat Allah S.W.T.
  • Mulakan doa dengan bertasbih seperti Alhamdulillah atau menyebut nama-nama Allah yang agung. Kemudian berselawat ke atas Rasulullah s.a.w.
  • Lafazkan permohonan anda dengan rasa rendah diri dan suara yang sederhana kuat.
  • Berdoalah dengan sepenuh hati. Tanamkan keyakinan dan pengharapan bahawa Allah akan memakbulkan doa anda itu.
  • Disarankan mengulang-ulang doa tersebut sebanyak tiga kali.
  • Akhiri doa dengan memohon keselamatan hidup di dunia dan akhirat, diikuti selawat ke atas Rasulullah s.a.w dan memuji Allah S.W.T.
2.  Antara waktu-waktu mustajab berdoa
  • Sepanjang bulan Ramadan terutamanya Lailatul Qadar.
  • Satu pertiga malam iaitu daripada waktu tengah malam sehingga waktu fajar.
  • Pada hari wuquf di Arafah.
  • Sepanjang hari Jumaat. Ada pendapat ulama’ mengatakan hanya satu waktu sahaja dalam hari Jumaat yang doanya dimakbulkan oleh Allah.
  • Malam dua hari raya iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.
  • Setiap kali selepas solat fardhu.
  • Waktu antara azan dan iqamat.
  • Ketika sujud dalam solat fardhu.
  • Selepas solat Asar.
  • Menjelang sahur dan menjelang berbuka

Perlu berusaha berdoa pada bila-bila masa dan keadaan selain perlu mematuhi adab berdoa. Mungkin doa kita tidak akan ditunaikan dalam masa yang terdekat tetapi anda perlu yakin kepada Allah S.W.T dan sentiasa bersabar memohon doa tersebut.

You Might Also Like

1 comments

Featured Post

Followers