Bila Nak Kahwin

9:00:00 AM


Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Musim cuti sekolah, musim pasangan melangsungkan majlis perkahwinan..
Usia macam aku ni..makin banyaklah jemputan daripada kenalan dan sahabat-sahabat masa comot-comot dulu.
Seronok tengok kawan-kawan dan mereka yang dapat bersama dengan orang yang mereka cintai dan pasangan mereka pun sangat sayang kan mereka.
Bila teringat kat diri sendiri pula?
hee aku senyum je seorang diri.
Imagine majlis sendiri.

Dulu, masa dah habis belajar..
Orang sibuk tanya bila nak kerja..
Stress juga period tu, 
iyela..posting cikgu-cikgu kan sekarang ni dah lambat..
setahun aku tahan dengar orang tanya-tanya..
kadang rasa nak duduk dalam rumah je tak nak keluar.

Sekarang bila dah kerja,
orang sibuk again tanya,. 

bila nak kahwin?

Sabar je lah... bukan tak ada pilihan hati.
Ada tapi masalah dengan keluarga tak dapat terima sebab si dia orang jauh.
kenal dah bertahun, bayangkan..
memang niat di hati sama-sama nak ikatan yang sah.
tapi stuck disebabkan masalah famili yang tak boleh terima kenyataan yang anak dah besar dan tak nak fikir positif sedikit pun.

Jodoh dan rezeki di tangan tuhan 

Indeed..mulut senang cakap..tapi fikiran dan hati susah nak padam.
pernah cuba, tapi elokla seminggu macam orang meroyan.
Doa dan doa moga dipermudahkan.
and time runs so fast, dan aku bukan nya makin jadi muda.
dan semua orang bukan nya boleh selamanya sabar.
i wish everything went smooth,
but i know it will be not.


You Might Also Like

5 comments

  1. Keep doa. keep usaha.. jgn putus asa klu jodoh xkemana kan.. May Allah ease everything... amin

    ReplyDelete
  2. bila tiba masanya sampailah tu....

    ReplyDelete
  3. inshaAllah adalah nanti tuh.. hehehe
    #bilanakkawen? hehehehe

    ReplyDelete
  4. sedih baca entry ni kak.. sabar ye kak.. ina doakan yg terbaik ♥♥

    ReplyDelete

Featured Post

Followers