From Bintulu With Love (part 1)

8:00:00 AM

Jambatan di Taman Negara Similajau

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Buat yang belum pernah dengar tentang salah satu bahagian di Sarawak iaitu Bintulu, ha di sini aku nak kongsikan sedikit sebanyak yang aku dapat tahu la..
Tak banyak pun hehe baru stay 4 bulan di sini :)Okay, Bintulu ni sangat luas..umpama satu macam negeri la kalau di semenanjung..di Borneo, kawasan di bahagikan kepada bahagian..kalau di semenanjung, daerah..
Even PPD di Bintulu pun dipecahkan kepada beberapa PPD kecil yang lain..contoh Sebauh dan Tatau..Walaupun dalam bahagian Bintulu, tapi PPD diasingkan berikutan agak jauh bagi mereka nak berhubung. Lagi mudahla kalau ada PPD di kawasan yang berdekatan dengan area ni.


Bintulu sangat dikenali sebagai bandar minyak. Banyak juga la warga-warga asing yang bekerja di sini. kalau sebut kerja di MLNG, semua orang tahu. Pembangunan pun rancak membangun.
Takat ni, penduduk masih lagi ke Miri kalau nak shopping yang best-best sebab Miri banyak mall.
Bintulu baru ada satu saja, itu pun tak la besar sangat..iaitu Park City Mall..Farley dan Sin Kwong pula supermarket ala-ala macam Billion atau The Store..

Tapi mengikut perancangan, ada beberapa mall besar bakal siap awal tahun depan..
Bintulu Paragon.. Bintulu Times Square..
Hee pas ni tak yah g Miri dah hehe..

Nak ke Miri pun dah almost 3 jam huu..
Tapi apa-apa pun..kemudahan lengkap di sini.
Aku sangat bertuah sebab dapat tempat yang sangat mudah untuk aku bergerak.
Sekolah aku dikategorikan sebagai sekolah bandar,,

ni on the way nak ke restauran seafood..nampak macam road to nowhere je hehe,,
jauh..30 minutes daripada persimpangan Kampung Jepak. Dari bandar nak ke Kampung jepak pun dah almost 20 minutes

Namun ada je, sekolah khususnya sekolah rendah terletak dalam sikit di Bintulu..
On the way ke airport atau pun nak Tatau ada nampak signboard sekolah rendah terletak jauh ke dalam. Beruntung sebab airport dekat, tu yang penting hehe

Penduduknya terdiri daripada berbilang kaum dan bangsa.
Majoriti kalau di sekolah aku, kaum iban..kemudian chinese..melanau dan sebagainya..
ada juga daripada Filipina dan Indonesia.

Bahasa pula banyak huuu sampai aku pun tak tahu mana satu..
Kalau penduduk asal Bintulu, mereka menggunakan bahasa Vaei. Ada yang guna bahasa Melayu Sarawak,,bahasa Iban..dan macam-macam lagi.







You Might Also Like

1 comments

Featured Post

Followers