Tips Hebat Elak Gemuk Di Hari Raya

10:58:00 AM


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sempena musim perayaan ini, pasti banyak jemputan ke rumah terbuka atau kenduri diterima.
Masa inilah yang dikatakan dapat berjimat.hihi
Makan free!
Free..free juga..jangan sampai free untuk gemuk :)
Berikut ialah lima tips dan cara mudah yang dikongsikan oleh saudara Kevin Zahri, pakar nutrisi dan motivator terkenal di Malaysia :



  • 2:5 Rule.  Dalam seminggu, amalkan 5 hari makan agak sihat dan 2 hari kurang sihat. Kenapa 5:2? Kerana kebanyakan rumah terbuka yang boleh mengganggu diet, adalah pada Sabtu dan Ahad sahaja. Jadi Isnin hingga Jumaat, amalkan pemakanan yang lebih baik untuk seimbangkan pilihan kurang baik dan tinggi kalori pada hujung minggu.
  • 20 Minit. Ingat! Ia akan ambil masa lebih kurang 20 minit untuk beraya kenyang. Jadi mulakan setiap rumah terbuka dengan hihdangan yang agak seimbang dan cuba makan perlahan.  Hidangan “seimbang” ialah sumber karbohidrat segenggam (nasi, ketupat etc), sumber protein yang baik (ayam masak merah, daging rendang) dan sayur. Makan manisan “sedikit” sahaja.
  • Setiap Rumah Terbuka = Satu Meal: Ramai yang sering mengadu “Aduh, rumah terbuka sepanjang hari! Memang tak boleh elak makan berlebihan”. Betul tapi hari biasa pun makan dalam 5-7x. Jadi jadikan setiap rumah terbuka itu sebagai satu hidangan dengan gap mungkin 2-3 jam diantara setiap rumah terbuka.
  • Fokus pada kalori makanan. Kestimewaan hari raya adalah lauk bukan air. Jadi kalau anda nak kurangkan pengambilan kalori berlebihan, makanlah tapi elak kalori daripada air.
  • Jangan tak beraya pulak! Itu penting. Tidak salah kita menikmati segala lauk yang lazat di hari raya setelah berpuasa sebulan. Life is about balance.

Sumber : kevinzahri.com

You Might Also Like

2 comments

  1. Bagus betul sharing Iola. Harap semua boleh amalkan. Saya takpe..makan banyak mane pun berat tetap tak naik walaupun dah anak 3. Kompius jugak sebenarnye..

    ReplyDelete

Featured Post

Followers