Review : Skinfood Premium Tomato Whitening Emulsion

5:38:00 PM


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ini aku nak review satu lagi produk Skinfood iaitu Premium Tomato : Whitening Emulsion.
Produk ini sebenarnya aku beli dari Korean Skincare Online Shop. Dalam dua minggu juga rasanya baru sampai ke rumah hihi. Best ! Best ! Lagipun, outlet Skinfood sudah berpindah dan lagi jauh, susah aku nak reach out. Jadi online sahaja lah..murah pun murah sebab direct from Korea.


Anyway! back to our product.
Received this lovely bottle around mid june i guessed. Seingat aku la.. jadi dah hampir dua bulan aku meggunakan produk ini.

Emulsion ni sejenis pelembap tetapi lebih ringan daripada krim pelembap biasa.
Struktur nya lebih cair sedikit berbanding struktur krim.
Krim lebih berminyak berbanding emulsion.
Jadi memandangkan aku ni jenis kulit kombinasi yang lebih terdorong ke arah berminyak ini, aku mengambil keputusan untuk hanya memakai pelembap berbentuk emulsion sahaja.

Kepada mereka yang mempunyai kulit berminyak, hal ini bukan alasan untuk kita tidak memakai bahan pelembap ya. Sekarang ini, bermacam jenis pelembap dah ada mengikut kesesuaian kulit.
Nak awet muda kena rajin pakai pelembap sebelum tidur (selain menjaga pemakanan serta amal gaya hidup yang sihat).

Produk ini malangnya tiada pemicit. Tambahan, emulsion ni kan agak cair.
Sukar juga la kalau nak pakai. Kena agak-agak.



Produk emulsion yang aku beli ini adalah dari rangkaian Premium Tomato yang khusus untuk rawatan  pencerahan wajah serta pemutihan sederhana atau seperti yang tertera di botol 
iaitu "Skin-Brightening Effect , Mild Whitening".


Kenapa beli emulsion je dan tak satu set terus? Uihh..sebenarnya, aku memang tengah mencari produk pelembap dan of course tidak berminyak! Dan tambahan pula, aku masih ada lagi yang lain, jadi aku beli ikut keperluan okay ? bukan kehendak hehe.. Baru first time mencuba ni.

Emulsion ini mengandungi 20% ekstrak tomato. Umum memang mengetahui kebaikan tomato untuk kulit khususnya dalam membantu proses pencerahan kulit. Ha!
** Tips Pantas : Untuk rawat sunburn, pakai masker muka diperbuat daripada tomato serta yogurt asli. Pemakaian yang konsisten, insyaallah sunburn boleh hilang**
Komen Penggunaan :
- Guna selepas memakai toner

Yang best :
  • pelembap yang ringan sangat sesuai untuk mereka yang berkulit kombinasi serta berminyak dan hendak menghindari dari krim
  • harum
  • cepat meresap dan tidak berminyak di muka dan di tangan
  • berkesan untuk pencerahan kulit sahaja
  • harga berpatutan / tahan lama 
  • kulit lebih lembut dan segar
Yang tak best :
  • tiada tempat pemicit. Perlu dituang dengan berhati-hati supaya tak ter'over' limpah.
  • bukan produk pemutihan
Nak beli lagi tak ? : Nak ! Sesuai untuk mereka yang ingin mencari pelembap yang tidak berminyak serta dapat bantu mencerahkan wajah.


Rate :
kurang satu love sebab pemicit tak ada hehe

You Might Also Like

10 comments

  1. CT pengguna skin food jugak :D suka suka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee best kan :) packaging pun comel

      Delete
  2. wah macam best je iola... so far pakai ok x? rasa macam nk try jgk nie... (=

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takat ini ok ja :) cuma keberkesanan belum nampak hasilnya lagi. Hee boleh cuba atau tanyakan sampel dari promoter skinfood dulu untuk first try

      Delete
  3. macam best je. bape rm ni? mahal tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya beli online..murah sedikit dari biasa. RM60 lebih seingat saya :)

      Delete
  4. Akak pernah pakai skin food ni lame dulu. Rasa nak makan. Ada dari beras, timun, coffee dll.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah betul tu..skinfood semua nya berasaskan makanan hihi.sy paling suka strawberry mask.. so sweet..macam jem

      Delete
  5. menarik..akak tak pernah try skinfood lagi.

    ReplyDelete

Featured Post

Followers