Drama : Berlima Ramadhan

10:16:00 AM


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sejak berakhir nya drama KTAR, kami sekeluarga telah beralih pula kepada drama TV1 iaitu "Berlima Ramadhan". Drama ini telah berlangsung lama dah tapi kami baru sahaja berpeluang nak tengok dan baru tahu, drama ni sangat best..

Bertemakan kekeluargaan, berkisarkan tentang kecekalan lima adik beradik yang telah kehilangan kedua ibu bapa mereka dalam mengharungi Ramadhan tahun ini. Drama ini bermula pada 28 Jun yang lalu , setiap hari Isnin hingga Jumaat dan disiarkan pada pukul 7.00 malam selepas rancangan Syahadah. (

Drama terbitan JS Pictures ini memaparkan Hannan iaitu watak  utama drama ini yang merupakan kakak sulung, di samping adik-adiknya iaitu Muaz, Saiful, Nur dan si bongsu Aiman.

Perbagai rintangan dan dugaan terpaksa dihadapi anak-anak yatim ini.
Mereka dianayai oleh saudara sendiri dari sebelah ayahnya, manakala dipulau pula oleh keluarga ibunya berikutan ayah ibu mereka/ datuk mereka iaitu Dato' Munir tidak merestui perkahwinan ibu dan ayah mereka dan menganggap cucu-cucunya itu bukan darah daging beliau sendiri.

Dugaan bertambah apabila Saiful ataupun Acik, dipukul sehingga koma dan mengakibatkan kecederaan yang sangat serius berikutan dibuli dan dibelasah oleh Nasrul.

Apakah kesudahan drama ini?
Sama-sama kita nantikan. 


Tonton online di sini 

You Might Also Like

0 comments

Featured Post

Followers