13 Jenis Kasut Untuk Wanita
9:30:00 AM
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Wanita tidak kira usia, semestinya mengimpikan kasut yang selesa serta cantik untuk digayakan.
Ada wanita mementingkan keselesaan, ada yang lebihkan fesyen, ada yang inginkan sedondon dengan setiap warna bajunya !
Wanita sememangnya bertuah kerana mempunyai ruang seleksi yang luas, banyak pilihan corak dan warna berbanding lelaki. ( ada nampak laki pakai kasut warna biru, pink polka? not many yang dare atau gemar haha)
- Ankle Straps
Sumber : Miss Google |
- Ballet Flats / Ballerina
Kasut ini sangat popular dan digemari setiap wanita tak kira usia. Boleh dikatakan antara kasut yang wajib dimiliki, oleh kerana keselesaan serta kebaikan untuk kesihatan kaki. (yelah...tidak bertumit, tapak flat..hee)
Sesuai digayakan dengan busana kasual, namun kasut jenis ini tidak sesuai kalau pergi ke majlis formal atau urusan rasmi.
- Boots
Nak bergaya ranggi? Boots boleh dijadikan pilihan. Ada banyak jenis boots bergantung kepada jenis tapak, tumit serta ketinggian boots (ankle high, knee high, thigh high, chap boots dan crotch boots)
- Evening Shoes
Evening shoes ini jenis kasut yang fancy..ada hiasan manik, permata dan selalunya diperbuat daripada fabric mewah seperti satin, baldu, kulit dan sebagainya. Evening shoes ni juga terdiri daripada jenis mules, pumps, sandals, heels ataupun flats dengan rekaan yang unik..fancy.
- Heels
Jenis kasut ini juga antara yang paling digemari selain ballet shoes. Terdiri daripada kitten heels (heels nya kecik sahaja dan tidak lebih daripada 1.5 inch pada kebiasaan), low heels, medium heels dan high heels (stilettos). Jenis-jenis kasut heels ini sesuai dan boleh digayakan untuk majlis formal.
- Mary Jane
Kasut jenis ini, dahulunya sering dikaitkan dengan kanak-kanak. Namun, kini fesyen sudah tidak mengenal usia. Mary Jane ialah kasut jenis round-toed (muncung bulat), rekaan nampak macam kasut budak-budak tapi saiz versi dewasa. Mary Jane selalunya ada straps macam dalam gambar diatas.
- Mules
Mules ialah jenis kasut biasa yang tak bertutup di bahagian belakang kaki. Senang disarungkan.
- Pumps
Kasut pumps adalah jenis low cut dan menutup keseluruhan kaki (beri sokongan). Didatangakn dengan rekaan ankle straps ataupun peep toes (muncung terbuka sedikit) dan terdiri daripada pelbagai jenis ketinggian heels. Sesuai digayakan ke pejabat dan sangat terkenal bagi wanita bekerjaya.
- Peep toe
Rekaan kasut peep toe ni, mempunyai muncung terbuka sedikit sahaja, mendedahkan jari kaki si pemakai.
Terdiri daripada perbagai jenis fesyen sama ada tinggi, rendah atau flat, bertali dan sebagainya.
- Sandals
Sumber : Miss Google |
Kasut kasual ini selalunya bertali, dan lebih terbuka. Terdiri daripada perbagai jenis ketinggian serta jenis tapak.
- Sling Backs
Mempunyai tali yang boleh diubah suai. Rekaan nya terdiri sama ada high heels hinggalah ke flat.
- Sneakers
Ada perbagai jenis sneakers sama ada high cut, low cut dan sebagainya. Kasut kasual untuk wanita.
- Wedges
Kasut ini juga sangat terkenal. Kepada yang teringin nak pakai kasut tinggi tapi gayat, boleh cuba wedges dulu. Signifikan wedges ialah tapaknya rata walaupun tinggi, jadi jangan risau takut tumit patah ke tergelincir ke hehe..
13 comments
suka pakai wedges. tak ada bunye keletuk keletak. HAHA.
ReplyDeletecantik.. tapi wawa suka kasut yang xde heels, klau pkai heel, mesti nk jalan pun kena cover2.. hihi
ReplyDeletecantik2 kasut tu..tp sekarang dah tak boleh pki high heels
ReplyDeletesuka pakai wedges =D
ReplyDeletesuka pakai sneakers :)
ReplyDeleteTak suka wear high heels. Sakit kaki.
ReplyDeletedalam byk2 kasut. suka pakai sandal je. hehe
ReplyDeletehahaha.. sandal is the best .. wedges pon oke gakkk :D
ReplyDeleteLebih minat sandal dan kasut flat.. lebih selesa.. dulu2 pakai juga kasut tumit tinggi.. sekarang dah tak minat..
ReplyDeletei love high heels! hehehe
ReplyDeletei prefer to sandal..selesa..jrg pkai heel
ReplyDeleteSneakers colour centu mana boleh dapat? Selalu cari colour lain yg ada . Suggest shop pls? Pm wechat -Anasuha
ReplyDeleteWah artikelnya keren..
ReplyDeletecuma lebih keren lagi klo di tambah animasi untuk pembacanya dalam memahami isi artikel, ..Sambil baca artikel ini, kaos kaki wanita ya
moha makin bagus lg artikelnya ...