Misteri Patung Annabelle (Sebenar)

11:32:00 AM


Bagi mereka yang pernah menonton filem 'The Conjuring' mesti kenal dan tahu tentang patung misteri ini.

Filem tersebut merupakan adaptasi dari kisah sebenar tentang sepasang suami isteri , Ed dan Lorraine Warren yang merupakan penyiasat paranormal dan diarahkan oleh pengarah berbakat kelahiran Malaysia, James Wan.

Best sangat, rugi kalau tak tengok yang pertama. Sequel kedua ni lebih fokus kepada patung misteri Annabelle ini. 

Yang ni yang sebenarnya punya. Dalam filem tu ada ubah sikit bagi nampak lagi takut hehe


Patung Annabelle ini dijumpai dan diambil oleh pasangan Warren selepas mereka menyiasat sebuah kes paranormal. Pada asalnya, seorang gadis bernama Donna dihadiahkan sebuah patung 'Raggedy Ann' oleh ibunya pada tahun 1970. Ibunya membeli patung tersebut daripada sebuah kedai yang menjual barang terpakai. Ketika itu, Donna sedang belajar di sebuah kolej dan tinggal dengan roomate nya yang bernama Angie dan patung Annabelle tersebut kelihatan biasa sahaja.

Namun, semakin lama ia bersama, Donna dan Angie perasan yang kedudukan Annabelle sentiasa berubah. Mulanya setakat ubah posisi sahaja, lepas tu makin lama makin bertambah bertambah pergerakan dan dalam masa beberapa minggu patung Annabelle tersebut kelihatan sudah boleh bergerak secara menyeluruh. 
Donna dan Angie akan tinggalkan Annabelle atas katil, tapi apabila mereka kembali ke rumah, mereka melihat Annabelle sudah ada di atas sofa.( serius..aku pun ketaq kalau macam tu ).

Ada kenalan mereka, bernama Lou, memang tidak sukakan patung tersebut. Setiap kali dia berjumpa Donna dan Angie, sering dia memberitahu yang dia dapat rasakan ada benda yang tak kena dengan patung tersebut. Mulanya Donna dan Angie buat tak endah sebab diorang tak perasan lagi kepelikan Annabelle. 
Tapi bila dah nampak sendiri Annabelle boleh berubah kedudukan di tambah dengan terjumpanya kepingan kertas kecil dalam rumah yang ditulis  'Help us' dan 'Help Lou', jadi makin pelik la.

Satu hari tu, Donna balik rumah dan jumpa Annabelle atas katilnya dengan kesan darah di tangan. Darah tu seolah-olah keluar dari patung itu sendiri. Ha...masa tulah dia sedar benda ni dah makin serius dan akhirnya dia dan dan rakan bersetuju nak jumpa 'medium'. Okay..medium ni ialah seorang yang berkebolehan dan ada 6th sense la..perantara.

Medium atau perantara tu menyatakan yang sebenarnya, apartment mereka duduk ni dibina, ada seorang kanak-kanak perempuan bernama Annabelle Higgins dijumpai mati di kawasan tersebut. Rohnya berkeliaran di situ namun bila patung tersebut dibawa Donna ke rumah tersebut, roh kanak-kanak tersebut melekat dipatung tu dan merasakan Donna dan Angie adalah orang baik-baik dan dia mahu tinggal bersama mereka.
Donna dan Angie ni sebenarnya student nurse..jadi mereka ni memang penyayang. Dengar kisah roh kanak-kanak tu, mereka kesian dan bersetuju benarkan Annabelle tinggal bersama.

Ha...start masa ni la..benda bukan-bukan mula terjadi. Kawan mereka, Lou, mula mimpi buruk tentang Annabelle. Lou sememangnya jadi risau tentang keselamatan kawan-kawanya.
Suatu hari, Lou datang rumah Donna dan Angie. Sedang mereka bersembang tiba-tiba dengar bunyi pelik dalam bilik. Lou pun pergi check dan buka pintu tengok tiada apa yang pelik kecuali patung Annabelle tidak berada atas katil tapi duduk di suatu sudut. Semakin dekat Lou ke arah Annabelle, semakin takut dan seram dia rasa seolah-olah ada orang lain yang perhatikan dia. Tiba-tiba, Lou rasa sakit didadanya, dan bila dia buka baju , ada kesan calar teruk. Dia tahu, ini mesti kerja Annabelle.

Akhirnya, Lou, Angie dan Donna tahu yang mereka sememangnya perlu kan bantuan dan dari situlah bermula bagaimana mereka bertemu dengan pasangan Warren, iaitu Ed dan Lorraine.


Hasil siasatan dari pihak Warrens, mereka menyatakan tiada hantu pun dalam kes ini. Namun terdapat suatu roh atau syaitan yang ada pada patung tersebut. Tapi, menurut Warrens, syaitan atau demons ni tak merasuk benda..tapi merasuk manusia sahaja. Syaitan tersebut hanya melekat dipatung tersebut sahaja, memanipulasikan supaya nampak seperti berhantu. Apa yang dimahukan adalah roh Donna.

Banyak perkara berlaku sepanjang proses tersebut, namun Donna, Angie dan Lou selamat dan patung tersebut diberikan kepada pasangan Warrens untuk disimpan.

Ed Warren meninggal pada tahun 2006, namun isterinya Lorraine Rita Warren masih ada lagi untuk menceritakan kisah-kisah beliau dan suaminya. 


Untuk lebih lanjut, dan nak lihat pengalaman orang lain dengan 'Annabelle'
boleh baca sini


Sumber1 dan Sumber 2



You Might Also Like

8 comments

  1. dah baca kisah anabell ni. agak menyeramkanlah sebab dia boleh bertukar tempat.
    tak suka betul dengan patung2 ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu...huu especially patung baby :(

      Delete
  2. Tennn!! Ak x sabar nak p tengok Annabelle. huuuuu

    anda ditag join giveaway!! Yukkk

    http://lifesofkajiwara.blogspot.com/2014/09/paris-souvenirs-giveaway-by-jindrisska.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. heee aku kalau cite antu..aku tengok kat umah hohoho

      Delete
  3. Hahaha, tiada keminatan terhadap patung. wuu~ tengokk je pun dah seram sejuk. sob..sob. haha.

    ReplyDelete
  4. patung2 gni seram la..ade bace brite yg patung kt singapore tu..pun seram...

    ReplyDelete
  5. Erkkk..memang takutlah.
    Siap cakar Lou pulak tu..
    Nak roh Donna lagi..

    ReplyDelete

Featured Post

Followers