Tips Mencuci Muka Dengan Betul

10:41:00 AM


Assalamualaikum dan hi ^^

Hendak membersihkan wajah pun, ada cara nya ya !
Jom terjah tips-tips mencuci muka dengan betul.

1. Kenali Kulit Anda

Tak semua kulit adalah sama. Anda yang memerlukan lebih lembapan dan ada yang tidak. Tujuan mencuci wajah adalah untuk membuang kotoran dan lebihan minyak dan sebagainya. 
Kulit kering misalnya lebih sensitif terhadap kandungan asid di dalam cleanser. Manakala yang mempunyai kulit kombinasi pula, apabila mencuci, tumpukan pada bahagian T-zone (dahi, hidung dan dagu : bahagian yang sering berminyak dan berpotensi untuk kerap tumbuh jerawat). Kulit berminyak pula, wajah sering kali rasa berminyak di seluruh bahagian.

2. Jangan Obses

Cuci muka apabila perlu sahaja. Cuci terlalu kerap boleh menganggu keseimbangan kandungan lembapan natural di wajah. Selepas mengenakan solekan ataupun memakai sunscreen serta sebelum tidur, antara waktu yang sesuai dan perlu mencuci muka.

3. Air

Air suam ataupun air sejuk, kedua-duanya ada kebaikan. Air yang terlalu panas menganggu kandugan minyak natural di samping membahayakan kulit. Kebiasaannya, cuci muka dengan air suam dan diikuti dengan air sejuk. Air sejuk bertujuan menutup semula pori-pori muka yang terbuka.

4. Scrubbing

Scrub bagus untuk membuang kulit mati di wajah di samping membantu peredaran darah di wajah.
Scrub terlalu kerap pula boleh membahayakan kulit, jadi seeloknya satu atau dua kali seminggu sahaja.

5. Lap wajah

Jangan lap wajah terlalu kasar, sebaliknya lap atau tekap tuala muka. Tuala muka pula haruslah bersih.
Patting and not rubbing. Biarkan wajah tidak kering sepenuhnya untuk membiarkan lembapan air meresap ke dalam wajah.


You Might Also Like

2 comments

  1. Dulu mama kite penah cakap, kalau muka tak matang lagi, jangan pakai benda-benda yg macam make up tu semua sebab tak sesuai kat kulit :)

    http://nurulzayani.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. it's true ^^..younger skins need different attention compare yang dah meningkat usia,,sebab tu budak2 kecik..tak digalakkan pakai heavy make up atau pakai make up or skincare mak mak nye atau kakak2 nye yang dah far more older ;) yang penting..banyakkan minum air dan makan makanan berkhasiat..=)

      Delete

Featured Post

Followers