Resepi Simple Chocolate Ganache

9:31:00 AM

Assalamualaikum dan hi ^^

Sebelum  ini aku ada post tentang chocolate moist cake
version kukus nya, dengan topping 
chocholate ganache dan sedikit lebih creem cheese filling dari 
red velvet cake.

Jadi, entry kali ini aku akan share tentang resepi mudah untuk hasilkan
chocolate ganache.
version simple punya, tak susah dan rumit.
Beginner nye level. Advance punya, nanti aku share
selepas aku try okeh.

  • Resepi Simple Chocolate Ganache 
Bahan-bahan 
1 bar coklat masakan
200 ml whipping cream
50 g butter
Prosedur : 
1. Lembutkan butter dan coklat masakan (secara berasingan) dengan menggunakan kaedah double boiler ataupun dengan cara lebih mudah :
mangkuk kaca berisi kepingan coklat masakan yang telah dipotong kecil, diletakkan di dalam bekas
besi atau kaca juga yang berisi air panas. Jangan bagi kena air bahan itu ya. Paham tak?
huhu..kalau tak juga, kena search google k. 
2. Masakkan whipping cream dalam saucepan ataupun periuk kecil, dengan api yang sederhana. Tutup api sebelum ia mendidih okay. (simmering only not boiling) 
3. Masukkan coklat masakan yang dah lembut ke dalam whipping cream sambil dikacau. Kemudian, masukkan butter yang telah kita lembutkan tadi juga. 
4. Kacau sehingga menjadi smooth. 

Dah siap, boleh dijadikan sos coklat (kena panaskan sebab nanti dia mengeras), atau topping kek. Kalau nak keras sedikit, letak dalam peti ais untuk beberapa jam.

Kalau ada lebihan, boleh disimpan dalam peti ais juga dan tahan berbulan.

Selamat mencuba !

You Might Also Like

2 comments

Featured Post

Followers