Caramel

8:56:00 AM

Assalamualaikum dan Hi ^_^


Pernah makan butter cookies dip dengan caramel sauce tak?
hihi..one of my favourite snacks.
Caramel sauce banyak kegunaan.
Boleh dijadikan filling untuk yellow cake ataupun buttermilk cake
ataupun, kita keraskan dan salut dengan coklat
untuk jadikan manisan.
Sedap!

Steamed Yellow cake aka buttermilk cake with caramel filling


Sharing recipe

  • 1 cup gula kastor (210g)
  • 6 tbsp butter (85g)
  • 120 ml whipping cream / susu UHT
  • 1/2 tsp vanilla essence

Prosedur

1. Panaskan gula dalam sauce pan pada api yang sederhana dan kacau sentiasa.
2. Sebaik sahaja gula mula mencair, dengan menggunakan whisk atau spatula kayu kacau lebih laju .
3. Apabila mula berubah warna kepada kekuningan atau amber, masukkan butter.
4. Tutup api, apabila ia mula nak mendidih dan dalam masa yang singkat, masukkan whipping cream.
    Hati-hati takut terpercik gula panas.
5. Teruskan whisking sehingga smooth dan masukkan esen vanilla. Whisk lagi.

Siap !

Proses nak membuat memang leceh sedikit sebab 
suhu memang memainkan peranan yang sangat besar. Kena sentiasa alert.
Kalau ada termometer kitchen, bagus la..
Boleh refer kat internet untuk resepi caramel yang terbaik punya.
Aku ni cikai je..haha..tawakal ja waktu buat.
Cuba jaya.

Boleh disimpan dalam bekas kaca seeloknya, pada suhu bilik (boleh tahan seminggu, bergantung)
atau simpan dalam fridge (boleh tahan lebih dari beberapa minggu, bergantung)
Kalau nak jadikan manisan, letak dalam freezer untuk cepat membeku.
Untuk dijadikan sauce pula, panaskan 
dalam microwave atau double-boiler 
sebelum dihidang.



**kalau korang tak faham ataupun nak lebih detail tentang cara-cara
pembuatan, boleh refer link dibawah ini.
Lengkap dengan gambar hehe..
Simply Recipes

You Might Also Like

4 comments

  1. nmpk sdp..tp xpnh mkn la..nk try la..nice entry

    ReplyDelete
  2. saya suka makan sweet treats, hihi resepi kebanyakan refer dekat Food channel.. hehe teringin, so buat. sedap. ley cuba =)

    ReplyDelete

Featured Post

Followers