Hai Cikgu!

6:36:00 PM


Assalamualaikum dan hi =)

Fuh..baru ada kelapangan nak buka Facebook la..blog..
(Kalau ada yang follow entry Nervous Breakdown, ini rentetan kepada apa
yang berlaku.)
Hari sekolah tamat 12.30.
Tapi balik lewat sedikit nak selesaikan apa yang patut di office.
Almaklumlah..
First day lapor diri jadi guru sementara ni.
Cikgu yang aku ganti ni,
cuti bersalin dari disember lepas.
Maksudnya, semua perkara baru seperti pengambilan buku rekod mengajar,
silibus dan sebagainya, aku perlu uruskan
memandangkan beliau tidak dapat hadir waktu sesi
persekolahan telah bermula.
Yang bertambah mencabar bagi aku,
aku menggantikan ketua panitia!

Namun begitu, syukur 
terdapat pemangku beliau yang akan membantu aku sepanjang aku
menggantikan guru terbabit.
Antara subjek yang aku ambil alih ialah
kemahiran hidup (sememangnya minor pengajian terdahulu)
pendidikan moral dan
akhir sekali,
MPV - automotif !

hehe..aku tak mempunyai pengalaman mengajar MPV automotif lagi.
Sememangnya menjadi cabaran buat aku
Aku perlu membuat study dan research dahulu subjek ini
sebelum aku deliver kepada students.
Kebetulan guru MPV disekolah itu tinggal seorang sahaja,
jadi aku perlu bekerjasama dan meminta tunjuk ajar daripada beliau.
Setelah berbincang, memandangkan ini pertama kali aku memegang subjek MPV,
kelas yang akan dikendalikan adalah berbentuk teori dahulu.

Huhu..empat masa untuk teori?
satu lagi cabaran.
Tambahan students semuanya lelaki.
Aktif-aktif
Jadi aku perlu memikirkan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran
yang dapat menarik minat mereka.
Empat masa memang suatu masa yang lama.
Lebih-lebih lagi teori da bukan amali.

Ya, Allah.
Moga dipermudahkan semuanya
Insyaallah.



**tiba masanya aku praktikkan penggunaan autopublish untuk hidupkan blog ini =)

You Might Also Like

3 comments

  1. last date 7 feb 2014. Jom join masih sempat lagi. =)
    http://myartcrafting.blogspot.com/2014/01/januari-giveaway.html

    ReplyDelete
  2. Gudluck2!ayie pun dari opsyen yg same,guru sementara =)
    btw,jemput singgah..ayie blogger baru
    ayielifememory.blogspot.com

    ReplyDelete

Featured Post

Followers