Buttermilk

12:19:00 PM

Assalamualaikum dan hi ^_^



Pernah dengar 'buttermilk' tak?
kalau mereka yang rajin buat kek khususnya red velvet misalnya..
mesti familiar.

Familiar...yeap.. tapi korang tahu tak
apa fungsinya? kalau tak buat ada memberi kesan tak?
ada dijual ke? tak pernah jumpa pun..susah nak cari..
Apa bahan yang boleh digunakan nak buat sendiri buttermilk ni?

Ha..tudia..banyak persoalan..
sebenarnya..itu lah yang sering aku tertanya-tanya sebelum
aku mengenali dengan lebih rapat dengan buttermilk ni.

Jom terjah!



  • Apa itu buttermilk?
Nama buttermilk, mesti ingat ada kandungan butter dalam liquid tu kan? sebenarnya, tiada kandungan butter ataupun level lemak yang tinggi dalam buttermilk. Sebaliknya, kadar lemak adalah kurang daripada susu biasa. Reason mengapa dipanggil buttermilk ialah buttermilk merupakan lebihan cecair yang terhasil sewaktu penghasilan butter daripada krim.

Rasa buttermilk ini, masam lebih kurang macam yogurt dan tekstur lebih kurang kental ataupun pekat sedikit daripada susu biasa. Ada pelbagai jenis penghasilan buttermilk, selain daripada penghasilan secara tradisional daripada pembuatan butter dari krim yang dinyatakan sebelum ini, iaitu secara kultur (untuk tujuan komersial) dan acidified (boleh dibuat homemade).

  • Kegunaan buttermilk dalam masakan
Buttermilk bersifat acidic, dan akan memberi tidak balas kimia dengan baking soda. Hal ini sedikit sebanyak memberi kesan terhadap teksture cake yang spongy dan crumb yang terhasil, selain daripada lebih ringan dan lembut. Kalau nak buat classic American pancake yang lembut tapi naik dengan cantik, sertakan buttermilk ini dalam resepi. 

Di samping itu, ada sesetengah mengatakan ia juga membantu mempercepatkan roti untuk naik (untuk penghasilan roti).

Boleh dikatakan, buttermilk ini complementary terhadap penggunaan baking soda lah juga.Oleh kerana kebaikan tindak balas yang terhasil daripada kombinasi kedua bahan ini.
Baking soda memerlukan bahan acidic untuk menjadi aktif dan mengimbangi rasa, di situlah buttermilk ini berfungsi.
  • Alternatif untuk Buttermilk
Buttermilk jarang dijumpai khususnya di Malaysia ini.. Jadi, apa kata kita cuba hasilkan sendiri.
Berikut antara alternatif yang boleh dicuba untuk membuat  1 cup buttermilk.
  1. 1 cup susu ditambah dengan 1 tbsp cuka, lemon atau buahan citrus. (biarkan 10 minit)
  2. 1/4 cup susu  ditambah 3/4 cup yogurt asli (tanpa perisa)
  3. 1 cup yogurt asli
  4. 1 cup susu ditambah dengan 1 3/4 tsp cream of tartar
Susu yang digunakan boleh sama ada susu UHT atau pun susu cair.

Selalunya aku akan menggunakan campuran susu UHT dan apple cider vinegar/buahan citrus dalam kebanyakan resepi yang aku buat. 

selain berguna untuk masakan,
cuka epal ini pun aku jadikan toner pencuci
hehe




Sumber


You Might Also Like

4 comments

  1. kita pernah buat buttermilk guna susu dengan cuka..
    buat masa nak bakar red velvet cake..

    ReplyDelete
  2. Hari tu beli buttermilk kes nak buat red velvet la...banyak lebih..so boleh gunakan buttermilk tadi sebagai saduran untuk goreng ayam goreng, fillet ikan atau bebola homemade.buat salad dressing sedap juga he :)
    So jgn buang lebihan nye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu =) hehe. bertambah sedap bagi saya

      Delete

Featured Post

Followers