Pelita Hidup

6:19:00 PM


Assalamualaikum dan hi ^^

Sedang aku duduk mengelamun sahaja di balkoni rumah,
teringatkan lirik nasyid Pelita Hidup dari kumpulan Hijjaz.

Pelita Hidup 
Hidup ini bagai lampu dinding 
Yang dinyalakan dimalam hari 
Apabila minyak sudah kering 
Ia kan pasti padam sendiri  
Demikian juga hidup manusia 
Selama hidup di dunia ini 
Bila dah cukup umur usia 
Putuslah hubungan disana sini  
Setelah kita tinggalkan dunia 
Alam yang lain pula menanti 
Apakah kita dapat kurnia 
Itu melihat amal danbakti  
Di sana insan cemas dan bimbang 
Tak dapat lagi buatalasan 
Buruk dan baik akan ditimbang 
Kedua-duanya dapat balasan



 Setiap ayat dalam lirik tersebut, buat aku terfikir
tentang kehidupan.
Kehidupan ini umpama cahaya dari pelita.
Dinyalakan.
Akan terus menyala sehingga kehabisan minyak.
Namun, andai kata ditakdirkan pelita itu dihembus..
maka terpadamlah cahaya itu biarpun masih
berbaki lagi minyak yang ada.

Dari Maha Pencipta kita hadir,
kepada Nya jualah kita pulang.

Sekadar berkongsi rasa.
Wallahualam.



You Might Also Like

4 comments

  1. Sangat suka nasyid ni....hayati betul2...rasa taku sangat..amalan cukup ke?allahuakbar

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..buat kita rasa muhasabah diri kembali..itu yang saya terfikir

      Delete
  2. Teringat masa nasyid sekolah rendah. Dulu xfaham pun mksud lirik dia. Bila dah besar baru faham. Hmm. :')

    ReplyDelete

Featured Post

Followers