Tips Mengembara Menaiki Pengangkutan Awam
10:40:00 AM- Jadual Pengangkutan Awam
Kebanyakan pelancong bergerak menggunakan pengangkutan awam bertindak mencetak jadual perjalanan pengangkutan awam lebih awal sebelum tiba di negara yang ingin di lawati.
Periksa dan cetak jadual pengangkutan sebelum memulakan percutian. Hal ini dapat memudahkan perancangan waktu perjalanan.
- Tidak banyak bagasi
Terlalu banyak bagasi dan barang boleh menganggu kelancaran perjalanan terutama sekali sekiranya terpaksa berhimpit di stesen-stesen pengangkutan yang sesak.
Bawa yang perlu sahajaseperti peralatan kebersihan diri, beberapa helai pakaian dan kasut yang bersesuaian.
- Simpan barang di tempat yang selamat
Dompet, wang saku dan dokumen-dokumen perjalanan perlu disimpan rapi bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa penyeluk saku yang banyak di kawasan stesen-stesen pengangkutan.
- Periksa kadar tambang
Periksa kadar tambang bagi mengelakkan ditipu penyedia pengangkutan awam terutamanya teksi.
- Bawa peta perjalanan
Dapatkan peta perjalanan daripada kaunter-kaunter perlancongan. Hal ini dapat membantu untuk mengenal pasti stesen-stesen pengangkutan awam, di samping mengelakkan daripada tersesat.
Sumber:Kosmo!
8 comments
nice arhhh. kalau zati ni.. even nak pegi jenjalan dalam negara kita sendiri pun zati buat plan betul2.. tak tau la kalau ade rezki g oversea...heee
ReplyDeletebetul tu ..merancang perjalanan insyallah everything will be smooth ^^ tak kalut..
Deleteala-ala backpacking neh.. travelling sorang2 bawak yang mana perlu jek.. best kalo ke pulau neh .. ~~ hehee.. ^_^ ~~ kita hanya merancang, ALLAH yang menentukan, yang pasti, merancang itu perlu.. betol kan? =)
ReplyDeletesetuju tu ^^..
Deletenice! hehehe thanks for the tuto. i mean this really help for those that really like to visit many places
ReplyDeletesimple tips but nice :)
ReplyDeletenice info ! singgah sini :)
ReplyDeletehttp://kalishabanyakcakap.blogspot.com/2014/05/bandung-indonesia-pasar-baru-dan.html
sama sama u guys ^^ sharing is caring
ReplyDelete