Lelaki Dan Cinta

11:37:00 AM



Ramai wanita tertanya-tanya apakah lelaki merasakan emosi yang serupa dengan emosi yang dirasai wanita apabila mereka bertemu dalam perkara cinta.
Lelaki menjadi misteri kepada wanita disebabkan lelaki tidak suka menerangkan secara terperinci bagaimana perasaan dan emosi mereka apabila mereka sedang bercinta.

Menurut pakar psikologi, bagi wanita cinta adalah emosi tetapi bagi lelaki, tidak.
Bagi lelaki, cinta adalah suatu peristiwa, suatu kejadian, dan bukannya emosi. Setiap perkara mempunyai permulaan dan penghujung.

Pada lelaki apabila sekali sahaja dia sudah melafazkan komitmen cintanya kepada seorang wanita, sama adalah melalui ikatan janji, pertunangan dan pernikahan, maka baginya selepas itu perkataan cinta tidak perlu disebut-sebut lagi. Sekali lelaki itu jatuh cinta, dia tahu cintanya akan terus berada pada tempatnya iaitu terhadap wanita tersebut.

Lelaki mencapai keseronokan dalam bercinta apabila dapat melakukan aktiviti bersama. Bagi lelaki, persahabatan dan percintaan adalah sambungan aktiviti yang dilakukan bersama pasangannya. 

Justeru, wanita perlu memahami lelaki mengecapi cinta dengan melakukan aktiviti bersama. Lakukanlah aktiviti seperti berkebun, mencuci kereta bersama dan sebagainya.

"Cinta yang berbalas adalah ubat paling mujarab atas seorang anak muda dalam hidupnya"


Sumber : Dato' Dr Fadzilah Kamsah & Ahmad Naim Jaafar ( Tips Menjadi Individu Menarik)


You Might Also Like

2 comments

  1. betui dan setuju.. jgn kecik hati kalau bf/ hubby tak nyatakan I love u lagi sbb sekali dia bgth, itu dah mencukupi buat lelaki...kita kene faham.. bukannya dia tak sayang.. biasela laki.. ego pun ade....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? lelaki dan perempuan berbeza..tapi perbezaan ini yang melengkapkan one another :')

      Delete

Featured Post

Followers