Untungnya Jadi Wanita

3:10:00 PM


Assalamualaikum dan hi ^^

Sabda Rasulullah SAW dalam hadis Riwayat Muslim,
 "Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah"
Islam sememangnya memandang tinggi dan mengangkat martabat kaum Hawa.
Untungkan jadi wanita..
terutama sekali apabila sudah bergelar isteri dan ibu.
  • Pahala wanita mengandung
Malaikat beristighfar untuk wanita yang mengandung dan Allah SWT memberi ganjaran 1000 kebaikan da menghapuskan 1000 kejahatan.
  • Pahala wanita bersalin
Apabila tiba masanya wanita itu sakit hendak bersalin, Allah SWT mencatatkan baginya pahala bagi orang yang berjihad pada jalan Nya.
  • Kelebihan melahirkan anak
Apabila wanita melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosanya seperti keadaan ibunya melahirkannya.
  • Kelebihan menyusukan anak
Apabila seorang wanita itu menyusui anaknya, maka diberi ganjaran satu kebajikan bagi setiap tegukan daripada susunya.
  • Pahala memelihara anak
Semalaman seorang ibu tidak tidur menjaga anaknya yang sakit, Allah SWT memberikannya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas membela agama Allah
  • Ganjaran wanita solehah
Wanita yang menjaga solat lima waktu, puasa pada bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya, serta taat pada suaminya akan diberi ganjaran untuk memilih mana-mana pintu syurga yang dikehendaki.
  • Ganjaran menolong suami
Setiap wanita yag membantu suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkannya ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya.
  • Ganjaran mentaati suami
Wanita yang taat pada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.
  • Kelebihan seorang ibu
Syurga terletak di bawah telapak kaki ibu.


Seharusnya, kita sebagai kaum Hawa
menghargai dan rebut peluang yang diberikan ini.
Insyaallah. ;)

“Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu.”
 - Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

You Might Also Like

5 comments

  1. thankyou for this. nice sharing <3

    ReplyDelete
  2. untungnyaaa menjadi seorang wanita, bersyukuurr hehe

    ReplyDelete
  3. untungnya dilahirkan sebagai wanita...merasa mengandung dan juga melahirkan..nikmat yang tak terhingga...Alhamdulillah

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah :) Thanks for sharing ;)

    ReplyDelete

Featured Post

Followers