Vanilla Cupcakes with Cream Cheese Frosting

4:00:00 AM


Assalamualaikum dan Hi ^^

Waktu pertama kali tengok Anna Olson
mengajar cara-cara wat basic cupcakes dengan basic frosting..
terus terasa teringin nak mencuba.

Jadi, aku nak share satu resepi cupcake vanilla yang 
super duper easy..tapi marvellous..
memang sekali bake boleh dapat lebih kurang 24 biji..
habis lesap dalam masa sehari sahaja..
even less than that!

disebabkan mudah..
jadi boleh la aku repeat bake. hihi
siap rancang nak jual secara kecil-kecilan pulak..
aah sudah..berangan haha..

Resepi Cupcake Vanilla
Bahan-bahan
  • 170 g butter (dilembutkan)
  • 170 g gula kastor
  • 170 g tepung naik sendiri (diayak)
  • 1 tsp baking powder
  • 1 tsp vanilla essence
  • secubit garam
  • 3 biji telur
Prosedur
  1. Panaskan oven pada suhu 180 C.
  2. Putarkan butter dan gula sehingga smooth dan berkrim.
  3. Masukkan telur satu demi satu sambil putar.
  4. Masukkan esen vanilla dan secubit garam, kemudian putar sekejap.
  5. Masukkan tepung yang telah diayak dan digaul bersama baking powder, sedikit demi sedikit ke dalam adunan sambil putar.
  6. Sudukan kedalam acuan kek cawan dan bakar selama 10-15 minit.
  7. Apabila sudah siap dibakar, sejukkan/rehatkan dahulu kek sebelum memulakan operasi frosting/icing.

Resepi Cream Cheese Frosting/Icing
Bahan-bahan
  • 70 g butter (dilembutkan)
  • 250 g cream cheese (dilembutkan)
  • 2 cup icing sugar (ayak dahulu) (ditambah sekiranya ingin icing/frosting yang lebih keras)
  • 50 ml whipping cream/ susu full cream (ditambah sekiranya ingin icing/frosting yang lebih creamy)
  • 1 tsp vanilla essence
Prosedur
  1. Putarkan mentega dan cream cheese sehingga smooth dan creamy.
  2. Masukkan gula icing dan putar pada kelajuan rendah kemudian sederhana.
  3. Masukkan esen vanilla serta whipping cream dan putar pada kelajuan tinggi untuk 15 saat kemudian rendah.
  4. Sediakan cupcake yang telah direhatkan, dan mula piping.
  5. Siap untuk dimakan dan boleh disimpan di dalam peti sejuk.

Kalau suka..klik button donate tu ye ..
terima kasih ^^

You Might Also Like

13 comments

  1. kalau bab nak hias cupcake dgn aising tu mmng bessssssssssst. haha.

    ReplyDelete
  2. sodap nyaa iolaaa.. heee...
    klik tabung circus sini (:

    ReplyDelete
  3. suka entry ni.. klik button donate.. hee

    btw, iola guna pengisar la kan buat cream dia tu?? kt umah kita takde benda tu.. yg pengisar sendiri tu.. huhu.. benci slalu buat cream tak pernah jadi.. hmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih .. kadang whisk tangan sendiri sahaja..tapi kalau tak larat, pakai hand mixer. :)

      Delete
  4. hehehe...lama dah tak baking wooo~ oven dah rosak -___-''

    ReplyDelete
  5. wuuu....sedapnye.....wuhuhu

    ReplyDelete
  6. wahhh sedapnyeeee ! menangis tgk ni T.T

    ReplyDelete

Featured Post

Followers