Sedapnya Churros !

10:36:00 AM

Assalamualaikum dan hi!

Aku nak share salah satu snek paling aku suka iaitu "churro" ataupun "churros".
Snek ini merupakan snek orang spanish dan dikenali sebagai "spanish doughnut".
Sangat popular di Spain, Portugal serta Amerika Latin.

Apa yang significant, dengan snek churros ini ialah bentuk nya ha.. 
Bentuk nya terhasil dengan menngunakan acuan yang nozzle nya berbentuk bintang.
Senang cerita, guna acuan semperit je.. =P

Sesuai dijadikan kudapan pagi mahupun untuk minum petang. 


Ini dia homemade churros


Favourite aku, cicah dengan chocolate sauce. Hehe caramel sauce
sedap gak.. Nak ?

Resepinya cukup senang dan kalau korang pernah buat 'choux paste' untuk hasilkan cream puff atau eclairs,
lebih kurang sama sahaja.

Resepi Churros Bersama Chocolate Sauce

**Churros

1 cup tepung serbaguna
1 cup air
2 tbsp minyak sayuran ( aku pakai minyak sawit je)
1 1/2 tbsp gula halus
1/2 tsp garam

Cara-cara :
  • Dengan menggunakan saucepan atau periuk kecil, panaskan air beserta gula, garam dan minyak di atas api sederhana. Kacau supaya gula dan garam larut. 
  • Apabila mendidih, tutup api dan letak saucepan ke tepi, lalu masukkan tepung.
  • Kacau adunan sehingga dapat membentuk doh.
  • Panaskan minyak dalam kuali.
  • Isikan doh ke dalam acuan semprit dan squeeze kan ke dalam minyak yang panas. ( Hati-hati, takot terpercik minyak panas)
  • Goreng sehingga keperangan.
  • Dah siap, angkat.
  • Golekkan churros atas gula dan serbuk kayu manis. (optional)
**Sos coklat

1/2 bar coklat masakan
100 ml susu UHT
2 tbsp susu pekat

Cara-cara :
  • Cair kan coklat masakan di atas api yang kecil ( atau boleh guna teknik double-boiler)
  • Sebaik sahaja coklat dah cair, cepat-cepat tutup api. (tak nak coklat hangus huhu)
  • Masukkan susu UHT dan susu pekat. Kacau hingga sebati.
Siap!

Selamat Mencuba.

p/s: resepi sos karamel akan aku update kan nanti beserta resepi biskut mentega. Sedap
dicicah bersama hehe.

You Might Also Like

4 comments

  1. mcm best je ni..hehe,,jgn lupa singgah blog syira..mcm2 GA /Segmen ade..nnti boleh tambah follower :) jom terjah syiralokman.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. nyum2 ! sekilas pndang td ingtkn pisang goreng =D

    ReplyDelete

Featured Post

Followers