Ikhlas

10:24:00 AM

Assalamualaikum dan hi ^^

"Saya ikhlas tolong awak.."
"Tak apa..saya tak kisah..ikhlas"
"Ya Allah..aku ikhlas dengan segala tindak tanduk ku"
dan sebagainya.

Ikhlas? Apa yang dimaksudkan dengan ikhlas?
Kalau menurut Kamus Dewan Edisi ke Empat, setebal 1817 muka surat itu,
menyatakan ikhlas membawa maksud (dengan) hati yang suci,
tidak menipu atau tidak berpura-pura.

Zaman sekarang ini, adakah keikhlasan itu masih ada?
Masih adakah insan yang jujur menyatakan "ya aku ikhlas" ?
Tak usah fikir jauh..contohnya ada pada diri sendiri..
"Ikhlas kah aku nak share dengan orang lain? Kata sharing is caring kan."

Heh..banyak sangat pulak aku menulis.
Apa yang aku nak sampaikan sebenarnya ialah
kita sebenarnya tak dapat menilai dan mengukur ikhlas itu sendiri.
Hanya Allah sahaja yang tahu hati kita ini bagaimana.
Hanya Dia sahaja yang tahu setinggi mana, sebenar mana tahap ikhlas kita.
Tapi kita, sebagai insan yang kerdil hanya boleh berusaha kearah keikhlasan itu.
Jangan tunggu rasa nak ikhlas baru nak buat sebab Allah je tahu niat di hati.

Sekadar berkongsi rasa. Moga diri ini pun berusaha. 
Wallahualam.


"Ikhlas tu bukan kita yang ukur, tu biar Allah yang tentukan. Jangan sampai kita tinggalkan amalan ibadat sebab tak nak riak dengan manusia, kerana tu la tanda kita riak dengan Allah sebenarnya.
-Hlovate, Contengan Jalanan

You Might Also Like

3 comments

  1. Salam.JAZZAKALLAH KHAIRAN.T.KASEH KONGSI INFO

    ReplyDelete
  2. ohh. cakap apsal ikhlas teringat quote ni "radha itu ikhlas, pasrah itu menyerah" kikikiki.
    Btw, nice sharing :)

    ReplyDelete
  3. aah betul, pernah dengar gak ^_^

    ReplyDelete

Featured Post

Followers