Kek Chocolate Moist (Kukus)

3:13:00 PM

Assalamualaikum dan hi ^^

Aku seorang yang mempunyai gigi manis (sweet tooth).
Memandangkan aku ada banyak masa, minggu ini sahaja 
dah dua jenis kek aku buat.
Red velvet dengan chocolate moist cake cake.
Semua nye kukus sebab oven hamba ngongek dah..
suhu tak ley harap..
Kembali kepada tradisional la jawab nya.

Aku just nak share moist choc cake dulu sebab
red velvet dah habis huhu dan tak sempat grab picture.
Hehe..next time la kot insyaallah.


Harap maklum lah, aku ni tak pandai ambil gambar. tak tahu sudut mana
lawa. hehe..lagi pun, kalut nak makan je =P

Kek coklat ni, aku tambah coklat ganache dengan lebihan cream cheese dari
red velvet punya.
Dah cair pun huhu.

  • Resepi Kek Chocolate Moist Kukus Style
Bahan A

1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat
1 1/2 cawan air suam
2 biji telur
1 tsp vanilla

Bahan B

1 1/2 cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
1/2 tsp soda bikarbonat
1/2 cawan gula kastor 
1 cawan serbuk koko

Prosedur :

1.Sediakan bahan dan panaskan pengukus dengan api yang sederhana dahulu.
2. Ayak bahan B bersama, kecuali gula kastor dan serbuk koko.
3. Gaulkan bahan yang telah diayak tadi bersama gula kastor dan serbuk koko, hingga sebati.
4. Pukul minyak masak, susu pekat dan telur sehingga berbuih. Kemudian masukkan esen vanila, dan pukul sebentar sahaja.
5. Masukkan bahan B yang telah diayak dan digaul bersama tadi kedalam adunan B, berselang seli dengan air suam , sambil memutar.
6.Tuang adunan kedalam acuan, dan kukus selama 40-60 minit. 
7. Dah siap, keluarkan dan biarkan sejuk seketika. 


Kek ini dah cukup moist.. Memang lembab. 
Untuk resepi coklat ganache dan cream cheese , klik sahaja pada link
. Resepi sangat mudah, anda boleh sapu kat bun atau roti juga.


You Might Also Like

2 comments

  1. Hmm nampak bercahaya jea dekat coklat tue. Lapar tengok ><

    ReplyDelete
  2. haha..effect lighting la tuh. =P jemput makan

    ReplyDelete

Featured Post

Followers