Tips Elak Mengantuk Dalam Kelas

9:57:00 AM


  • Kedudukan
Penglihatan anda terhadap guru atau pensyarah perlulah jelas dan tidak terhalang. Pertembungan empat mata adalah penting kerana itu merupakan bentuk komunikasi yang memaut perhatian anda dengan guru atau pensyarah untuk mendapatkan maklumat yang jelas.
  • Maklum balas
Sebagai tanda menunjukkan anda faham, bersetuju atau sebaliknya, anda perlulah memberi maklum balas seperti anggukan kepala, senyuman atau perubahan air muka dan sebagainya. Hal ini membantu perhatian anda terhadap apa yang diperkatakan.
  • Catatan 
Catatan bukan sahaja membantu pelajar mengingati semula apa yang dipelajari secara lebih berkesan, tetapi turut membantu diri pelajar untuk fokus semasa dalam kelas.
  • Berinteraksi
Anda boleh ajukan soalan secara ikhlas. Anda harus berfikir dahulu sebelum membuat pertanyaan. Proses berfikir ini mampu mengelakkan anda berkhayal, malah menguatkan lagi pendengaran anda. Walau bagaimanapun, anda tidak digalakkan mencelah sewaktu guru atau pensyarah anda sedang bercakap agar penyampaian beliau tidak tersekat. Anda harus bersabar atau tunggu sehingga sekurang-kurangnya isi yang disampaikan beliau itu lengkap.
  • Rehat dan tidur
Sebagai pelajar, tidak perlulah berjaga sehingga larut malam, semata-mata ingin menonton rancangan kegemaran anda. Pastikan anda mendapat rehat dan tidur yang berkualiti. Sekurang-kurangnya dapatkan rehat dan tidur tidak kurang dari enam jam. Latihkan diri anda agar lebih berdisiplin dalam soal pembahagian masa rehat, tidur dan tugasan harian.




You Might Also Like

9 comments

  1. Mase skolah..saya & another budak laki paling kuat tido dlm kelas..:p

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..saya tengok subject juga..kalau cikgu tu pandai approach..insyallah saya tak tidur nya..sebab saya tidur sentiasa cukup, jadi susah kalau mengantuk dalam kelas melainkan benar2 boring huaaaa

      Delete
    2. rasenye sebab slalu stay-up malam kot...
      tapi, kadang2 stado je :D

      Delete
  2. Saya dulu, sebelum start kelas, saya power nap 10 min. HIHI..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah that is a good tip! bagus tu..

      Delete
  3. Hahaha sebab taun lepas kite selalu tidur dalam kelas, taun ni saje cari tempat duduk paling depan so takleh tido :) Kalau kite tidur lewat memang takleh blah.. cikgu stop ajar sat sebab ada orang datang cari cikgu terus tidur 1 minit xD Lepas tu peralihan guru kite pun tidur.. Memang cukup :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha sempat ek tidur satu minit hahaa mesti cepat cepat nak tidur je rasa ni ..:D

      Delete
  4. kalau mengantuk, saya selalu melukis. apa apa aje. memang pro habislah. hehehe. tapi kannn, musim bola ni susah nak tido awal... xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waa patut comel je doodle awak...hee sntiasa polish ability haha..peminat bola..memang susah la nak tido awal :p

      Delete

Featured Post

Followers