Baju Raya 2014

7:52:00 AM


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Cerita pasal baju raya..tahun ni plan nak upah tailor je macam biasa..
Dah beli kain lama dah cuma tak pergi hantar lagi.
Plan nak mencari yang murah-murah je..
Last-last sampai ke sudah tak jumpa.


Mama pun cakap..
"last-last hantar kat tailor tu juga la...nak buat macam mana, lambat dah."
sebab tak nak upah tailor yang sama, sebab kos nya makin lama makin mahal..
kalau seiring dengan kualiti tak mengapa lah.
Tapi, ada juga masalah-masalah nya.
Selalu mama lah yang jadi mangsa hehe..
Kami adik beradik selalunya masalah singkat bahagian lengan..
Almaklum lah..panjang tangan..oops!
Tangan panjang sangat.
Tapi kalau dari segi cepat, memang cepat siap..
Cuma tu lah..dah la  mahal kan..takut juga kalau masalah jahitan lagi.

Awalnya plan nak upah tailor kat kampung..
hehe tapi tailor tu sibuk.. dia dah nak kahwin.
Kawan mama yang suggest..murah juga bagi kami.
Baju kurung moden RM35++.
Kira murah bagi kami yang selalu bayar RM50 untuk upah jahit sahaja.
Tambah dengan kos kain lagi..
Sehelai boleh capai RM100 juga kalau macam tu.
Macam beli kat butik je la kan..
Sekarang ni banyak yang suka shopping online je..

Ni siap dengan beading dan lace lagi tu. Complete..tak payah fikir sal nak beli kain la, upah jahit lah, upah nak beading la.. :)


Design dan material pun macam-macam..tak perlu nak pening-pening lagi fikir nak reka baju macam mana lagi kan..selalu kurung je..boleh cuba design baru pula.

 Hehe aku sendiri ni pun memang beli kat butik atau online je kalau malas nak mencari untuk beberapa pasang lagi. Sehelai je yang diupah tailor.
Mama ada empat orang anak perempuan. Jenuh berapa la kena labur hehe
Tambahan sekarang dah nak start musim panas kering, memang tak larat nak keluar.
Kalau tak muat? Selalu nya aku kalau nak beli online, aku ukur dulu badan.
Lepas tu, bandingkan je..
Aku suka material lycra dan kebetulan badan aku tak terlalu besar, jadi tak nampak sangat ketat atau melekat di badan (aku tak selesa kalau melekat macam sarung nangka huu)
Untuk yang tak gemarkan lycra, ada je material lain contoh nya lace lining, chiffon dan cotton.

Jom usha-usha latest updates nye design di 

You Might Also Like

8 comments

  1. Baju raya naz dah siap. Tempah kat tailor, lebih selesa gitu..sbb ukuran ngam2 kat badan. Then cari 2-3 pasang jubah, import direct dari Saudi :) Tapi, in the end...baju tu tetap pakai..utk gi keje. So, rasa tak kisah la :) Mahalnya upah sampai RM50. Tempat naz hanya RM38 la skrg. Dulu RM32 jer..alasan tailor, barang dah makin naik harga. Hehee.

    Jemput Singgah baca entry naz.. : Bondaku Excident Semalam!

    ReplyDelete
  2. sis last minute punya style , tu pun beli yg dah siap , xpayah pening-2 nak buat jenis apa . Bagus kalau ada bakat menjahit , blh buat duit . Kos buat sepasang baju pun dah mahal . $$$$$ hehehe

    ReplyDelete
  3. Emak Fisha pulak hantar awal-awal takut tailor tu busy, sebab kadang-kadang tailor tu tersilap jahit ._.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah bagus la..mama saya tak sempat..busy je. selalu kami tempah mesti last minute dan last miute juga la baru dapat.. ada satu tahun tu, haha tailor tak sempat..kene beli juga yang dah siap..susah ..dah la tak larat sangat kan hoho

      Delete
  4. Tawun lepas saya buat kurung peplum tapi baru beberapa kali pakai. Segan..

    ReplyDelete

Featured Post

Followers