Fesyen Menutup Aurat

8:00:00 PM

Sumber dari google..not my doodle hehe

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Diharapkan pembaca sekalian dalam keadaan sihat walafiat serta gembira di samping yang tersayang.

Kali ini, aku nak berkongsi tentang keinginan aku nak mencari fesyen yang sesuaian di samping menutup aurat. huu entahlah..semakin dewasa, semakin banyak ilmu diserap, 
semakin rasa tergerak untuk hati ini nak berubah.

Dulu pernah cuba pakai stokin..hehe..tapi tak istiqamah.
sebab apa? sebab asyik dengar orang komen.
Pakai tudung pun selalu lepas bawah, kiranya memang aku akui nampak dull sikit.
Pun dikomen kata selekeh.
Jadi tak konfiden.
Mungkin cara aku yang salah.

Aku tengok ramai je kawan-kawan aku yang pandai berfesyen tapi masih menjaga aurat mereka.
Sebut pasal baju muslimah sahaja, mesti nak kata pakai baju labuh-labuh..tudung bulat besar, warna suram and so on. No!!! 
Bukan macam tu..as long as kita cover betul betul bahagian yang wajib ditutup then its fine.
Sooner, aku pun baru faham yang tak semestinya nak menjaga aurat tak boleh berfesyen.

Sekarang ini aku masih mencari-cari yang bersesuaian dengan aku.
Nak pakai, kena ada rasa konfiden..
bila konfiden, insyaallah istiqamah.
Aku bukan nya seorang yang alim warak.
Cuma, hati aku ni macam dah nak jadi lembut.
Selalu nangis kalau fikir, aku ni layak dah ka nak bertemu dengan Allah.
Perkara simple dan wajib, dah confirm sempurna ka?


Itu lah..bila umur dah meningkat,baru aku dapat faham dan lihat dari mata-mata orang yang terdahulu.
Harap sangat yang terbaik untuk diri sendiri dan orang sekeliling.

Doakan ya :)
 

 humm aku ni tak pandai nak berfesyen.
Nak pakai shawl pun tak lepas-lepas lagi sebab aku ni specky..muka cam bulat je rasa bila bershawl heee.
Sekarang ni aku tengok banyak yang pakai blouse serta skirt.
Nampak ayu sangat...
teringin tapi tak tahu nak cari di mana. hee ada suggestions kah?

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." An-nur (ayat 31)



You Might Also Like

3 comments

  1. jom kita slowly berubah iola... hati da lama teringin tapi belum betuk2 istiqomah lagi... (=

    ReplyDelete
  2. saya masih lagi di graf 5 dan 6 huhuhu

    ReplyDelete
  3. takpaa.. kita cuba pelan2..:) asal Allah nampak usaha tersebut..

    ReplyDelete

Featured Post

Followers