Review : Etude House Face Conditioning Cream

9:30:00 AM



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Minggu ni, aku nak review produk pertama yang aku beli dari brand Etude House. (Produk kedua ialah Draw Me Eyebrow. Sangat best yang ni !).

Memandangkan outlet Etude House jauh dari tempat aku, sekali lagi..belilah secara atas talian dari kedai favourite iaitu Korean Skincare Online Shop. Harga di sini untuk barangan Etude khususnya semua sudah dapat diskaun 30 % dah. Jadi haruslah murah lagi, dan direct dari Korea Selatan.

Tak berapa pasti harga berapa sebab dah lama purchased, tapi dalam lingkungan RM 40 ++. Kalau di outlet tak pasti harganya berapa.

Menurut iklan ni, dapat menghasilkan sentuhan make-up yang flawless.
betul  ke? hehe..depends.
Antara kandungan bahan ialah : water, arbutin, silica, chitosan,
trimethicone, butylene glycol, coconut oil, olive fruit oil dan sebagainya

Berbentuk tiub dan mudah digunakan.
Komen penggunaan :
- gunakan selepas memakai toner (sebagai primer) kemudian boleh diikuti dengan pemakaian krim BB/CC dan bedak kompak.

Yang best :
  • Tidak mempunyai bau yang keterlaluan
  • Murah
  • Mudah digunakan
  • Menyediakan wajah untuk make-up dan seterusnya
Yang tak best :
  • agak sedikit berminyak dan tidak begitu cepat meresap
  • tidak banyak memainkan peranan, kalau tak pakai pun tak apa. tapi kalau pakai, elok ditambah dengan lapisan bedak atau BB/CC cream kerana ia hanya bertindak sebagai primer atau asas sahaja.
Nak beli lagi tak? : emm..tak kot. tak banyak kegunaan. Tapi kalau mereka yang inginkan primer yang murah , produk ini sangat sesuai.


You Might Also Like

2 comments

  1. Banyaknye krim iola.
    Bila pakai tu?
    Kalau akak memang x sempat nak pakai banyak2.

    ReplyDelete

Featured Post

Followers