Kahwin : Antara Agama Vs Adat

11:29:00 AM


Perkahwinan merupakan antara detik terindah dalam kehidupan seseorang, malah agama Islam juga menggalakkan umatnya untuk berkahwin. Tetapi, ramai orang zaman sekarang lebih mementingkan adat daripada tuntutan agama.

Semua orang pun mahu kahwin bukan? Tetapi, kenapa masih ramai yang belum berkahwin atau memilih untuk menangguhkan perkahwinan?
  • Wang Hantaran
Hantaran merupakan satu bentuk hadiah berupa wang tunai yang ditetapkan oleh pihak keluarga perempuan. Pada zaman ini, kadarnya berbeza-beza sehingga ada yang meletakkan nilai mengikut kelulusan wanita tersebut. Jangan terkejut pada zaman sekarang ini nilai hantaran RM10 ribu pun masih dianggap rendah! 
  • Barang Hantaran
Antara soalan utama yang bermain di fikiran ialah "Berapa dulang perlu ada?", "Barang apa yang perlu dibeli?", "Cukupkah kalau sekadar memberi tiga dulang hantaran?", "Berapa jumlah duit yang perlu dikeluarkan?" dan lain-lain. Sememangnya, pihak pengantin pasti sibuk menentukan barang hantaran yang perlu diberikan kepada pasangan masing-masing dalam majlis perkahwinan.
  • Pelamin
Pelamin juga adalah salah satu perkara wajib yang perlu ada pada mana-mana majlis perkahwinan. Jujurnya, amat jarang sekali sesebuah majlis perkahwinan diadakan tanpa pelamin. Ini kerana pelamin inilah yang digunakan pasangan mempelai untuk duduk bersanding di hadapan tetamu dan merupakan tempat yang paling sesuai untuk bergambar kenangan bersama ahli keluarga dan sanak saudara serta rakan-rakan yang hadir.

Mungkin ada pihak yang mempersoalkan, "Kalau tiada pelamin, kat mana nak ambil gambar bersama pengantin?". Ketiadaan pelamin juga barangkali dianggap seperti tidak lengkap bagi sesebuah majlis perkahwinan.
  • Doorgifts
Kebanyakan majlis perkahwinan zaman sekarang mesti dilengkapi dengan 'doorgift' atau cenderamata untuk diberikan kepada tetamu yang hadir. Kalau zaman dahulu, bunga telur adalah satu bentuk 'doorgift' yang paling popular. Namun sekarang, bunga telur tidak lagi menjadi pilihan.

Lambakan perniagaan yang menawarkan khidmat 'doorgift' untuk majlis perkahwinan menampakkan perubahan trend daripada memberi bunga telur kepada memberi sesuatu yang lebih menarik. Antaranya seperti mug, botol jar, cupcake, coklat, kotak berisi makanan dan macam-macam lagi. Boleh jadi, perbelanjaan untuk cenderamata ini sahaja mampu mencecah ribuan ribu Ringgit.


Jujurnya, perkahwinan menjadi mahal kerana tuntutan adat. Islam tidak pernah menyusahkan umatnya untuk berkahwin. Tetapi, memang susah untuk kita laksanakan syariat Islam, ditambah pula persekitaran kita yang memaksa perkara sebegini berlaku.

Sumber dari sini. Klik untuk bacaan lanjutan


You Might Also Like

3 comments

  1. wowww memang terkejut baca bab hantaran tu! 10k? patutlah ina pernah baca kat twitter pasal ramai lelaki yg sanggup hidup membujang sebab hantaran sekarang mahal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu salah 1 sebab maksiat makin menjadi2. Nafsu mendesak tapi tak mampu nak lakukan kewajipan.
      Depa nak kawen bagi je lah..buatpa nak demand sangat. Satgi anak dah boyot nak letak muka tang mana?

      Delete

Featured Post

Followers