Pesawat AirAsia dari Surabaya ke Singapura Hilang
12:32:00 PM
KUALA LUMPUR: Pesawat AirAsia QZ 8501 dari Bandara Juanda Surabaya ke Singapura yang membawa 155 penumpang terputus hubungan pagi ini, menurut media Indonesia.
Menurut laporan Detik.com, pesawat itu yang berangkat pada 5.20 pagi Waktu Indonesia Barat (WIB), dilaporkan hilang di ruang angkasa Pulau Kalimantan.
Kompas.com turut melaporkan insiden itu.
Menurutnya, pesawat berkenaan sepatutnya tiba di Singapura pada jam 8.30 pagi waktu tempatan.
Agensi Mencari dan Menyelamat Republik Indonesia pula menyatakan ia menerima laporan bahawa pesawat Airbus A320 AirAsia itu terputus hubungan pada jam 6.17 pagi (7.17 pagi waktu Malaysia) ketika berada di ruang udara di Teluk Kumai, Kalimantan Tengah.
sumber : Berita Harian Online
Allahuakbar.. :( Malaysia..dugaan yang sungguh besar buat kita semua..
6 comments
Allahh..lepas satu, satu musibah nye kan ten.. patut kita ni back to Him dah semuanya. Allahuakbar
ReplyDeleteAllahhh..
ReplyDeleteSemoga mereka semua selamat..:(
ReplyDeleteYa Allah.. another ujian lepas satu satu. semoga dapatlah jumpa and segera semua ni selesai. takutnyaaa dengan dunia skarang..
ReplyDeletesemoga semuanya selamat. mudah-mudahan.
ReplyDeleteIshhh...
ReplyDeleteTakut dah nak naik flight.