Tips Kekal Cergas Ketika Berpuasa

8:00:00 AM


Di sini dikongsikan beberapa tips untuk kekal aktif dan cergas dalam menjalani ibadah berpuasa :)

  • Ambil makanan yang berkhasiat iaitu mengandungi karbohidrat, protein, vitamin, mineral serta sedikit lemak.
  • Lakukan aktiviti fizikal untuk meningkatkan metabolisme. Waktu yang sesuai untuk anda melakukan aktiviti fi zikal ialah ½ jam sebelum berbuka ataupun selepas makanan yang dimakan hadam.
  • Minum banyak air terutama air kosong. Ini untuk mengelakkan dehidrasi kerana badan kita memerlukan air yang banyak.
  • Elakkan mengambil minuman yang berkafein kerana ia boleh menghalang penyerapan zat-zat makanan oleh badan.
Jangan lupa..
  • Jangan makan berlebihan terutama sewaktu berbuka puasa. Ini untuk mengelak kejadian kembung perut atau ketidakhadaman makanan.
  • Kurangkan pengambilan makanan yang bergoreng dan berlemak.
  • Kurangkan makanan tinggi gula.
  • Kurangkan minum minuman berkafein seperti kopi, teh dan air berkarbonat. Minuman ini boleh menghalang penyerapan vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh badan. Ia juga boleh menyebabkan kita kerap membuang air kecil.
  • Elakkan makanan yang diproses terutamanya yang mengandungi perisa dan pewarna tiruan serta pengawet. Biasanya makanan terproses adalah tinggi garam walaupun tidak terasa masin.
  • Kurangkan makanan yang terlalu berempah dan pedas.
Tingkatkan pengambilan serat dan air
  • Sewaktu berbuka puasa, makan tiga biji buah kurma, setengah cawan jus buah tanpa gula, satu mangkuk sup sayur campur serta1 atau 2 keping roti tinggi serat.
  • Ketika makan malam, ambil sayur campur dan sebiji buah berserta makanan yang lain.
  • Ambil buah-buahan sebagai makanan lewat malam.
  • Bersahurlah dengan bijirin sarapan seperti oats, sup sayur ataupun buah-buahan.
  • Tambah kekacang seperti kacang dhal, kacang kuda, kacang soya atau kacang pis ke dalam masakan.
  • Minum dua gelas air sewaktu berbuka. Ini termasuklah jus buah-buahan ataupun susu rendah lemak.
  • Minum 2-3 gelas air sebelum tidur.
  • Minum dua gelas air sewaktu bersahur.
Sumber : Majalahjelita (Berpuasa secara sihat)

You Might Also Like

7 comments

  1. Wah.. Da siap sedia nak sambut ramadhan.. semoga sama2 kekal cergas sis! Nice sharing.. :)

    ReplyDelete
  2. the best tips everrr! nak cuba amalkan nanti.

    ReplyDelete
  3. nice sharing... selamat menjalankan ibadah puasa :)

    ReplyDelete
  4. terima kasih dgn perkongsian.dah follow sini #660

    ReplyDelete

Featured Post

Followers