Elak Jadi Mangsa Rakan Kaki Hutang

12:00:00 PM


Pernah tak berada dalam situasi di mana kawan kamu yang memang terkenal dengan sikap berhutang dan senyap bila nak bayar kemudian datang kembali nak meminjam duit lagi?
Kasihan memang kasihan, kalau alasan yang diberikan itu boleh meluluhkan hati. Namun sampai bila harus menjadi mangsa? 

Situasi 1 :

" Weh, aku nak pinjam duit dulu boleh? Tengah bulan kau faham-faham je lah.."
Solusi: Gunakanlah alasan yang sama. Beritahunya tentang keadaan semasa poket kamu yang juga kurang memberangsangkan. 

Situasi 2 :
"Beb, kau bayar dulu makanan aku, aku tak keluarkan lagi duit dari bank"
Solusi : Taktik yang sering digunakan. Apa lagi, balaslah dengan '' eh, duit aku ni cukup-cukup nak bayar makanan aku je. Kau pergilah bank dulu, tak apa aku tunggu sini. '' 

Situasi 3 :
"Alahai..duit dah ciput, pensyarah pula bagi tugasan yang memerlukan duit. Manalah aku nak korek ni"
Solusi : Jangan mudah terpedaya. Taktik klise yang sering digunakan oleh mereka yang kaki hutang dan lambat nak bayar. Nasihat sahaja mohon dia berjimat dan jangan terlalu boros.

Situasi 4 :
" Haish, bengang betul la dompet aku hilang. Boleh tak aku pinjam duit kau dulu, nanti aku bayar balik."
Solusi : Katakan tidak, bukan bermakna kamu kejam atau tidak hati perut. Dah sah-sah kamu tahu dia punyai 1001 alasan untuk meminjam. Cukuplah sekali kamu diperdaya. Jangan tertipu lagi! Tolong sama-sama cari dompet nya yang hilang itu atau sarankan report polis. hehe

Situasi 5 :
"Laparlah. Aku dah dua hari tak makan, duit tak ada. Boleh pinjam?"
Solusi : Tak perlu pinjamkan duit. Sebaliknya belanjalah dia makan. Sekurang-kurangnya kamu membantu apa yang patut. Biar dia tahu yang kamu tidak sekali-kali meminjamkan duit secara melulu

Sumber : Remaja Bil 647

You Might Also Like

18 comments

  1. Nelly bukan saja pernah dapat kawan..tapi ex bf pun penah jadi camni..memang dah seram dah nak dekat dengan orang-orang cmni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahu tak apa..lagi terasa bila kita sendiri tengah sengkek, huhu ingatkan diorang nak bayar..lagi nak pinjam ada :( memang serik dah

      Delete
  2. alhamdulillah xjumpa lagi kawan yang pinjam tak bayar balik.. tapi kalau ada pun mesti tak sampai hati nak tolak.. huhu.. =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..hati lembut, tak sampai hati. tapi baguslah, kalau kawan-kawan ingat nak bayar balik. :D

      Delete
  3. belum pernah ada kwn mcm nie. btw still nice sharing :)

    ReplyDelete
  4. ada juga kawan macam ni, sampai ke sudah tak bayar.. kalau belas je boleh tahan tapi kalau dah ratus.. wawa.. haru biru rasa..

    ReplyDelete
  5. Fiza kat opis nie ade golongan mcm nie.. mmg cakap je takde duit.. tak nak la bagi.. bukan pandai bayar pun.. hati kene kering...

    ReplyDelete
  6. Pernah kena! tak sampai hati nak cakap tak, ika buat-buat pinjam daripada dia pulak lepas tu. bila dia mintak balik, cakap "tolak dari hutang kau dulu lah." ekekeke..

    ReplyDelete
  7. mase baru start keje ade staff nak pinjam 1k..erkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu..bahaya.. tambahan kita tak berapa kenal lagi..

      Delete
    2. Betul tu. Memang x pinjamkan pun. Mase tu pun tengah kumpul duit nak kawen.

      Delete
  8. okayyy cun! boleh cuba ni. dah selalu sangat pinjam dan diam. boleh dia buat muka tak bersalah. orang yang bagi dia pinjam pun rasa bersalah nak minta. hahaha

    ReplyDelete
  9. gelak kejap kat yang dua hari tak makan tu.. :D *tbh Fifi sendiri selalu kalah je kalau ade yang pinjam duit ni, susah sgt naka kate tak boleh -_-*

    ReplyDelete
  10. Dulu masa form 1 ade sorang ni camnilah.. taun ni dia kembali meminjam.. tak pinjam rasa tak baik pula.. lepas pinjam tu.. esok nampak je muka dia "Just a gentle reminder, you still owe me RM---" Asal nampak je muka dia terus terkeluaq ayat tuh.. last-last dia bagi balik.. bukan nak berkira duit yang sikit tu je nak kecoh masalahnya kalau tak mintak balik dia ty buat-buat lupa then lain kali nak pinjam lagi -,-

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus cara awak tu. saya pn patut contohi your boldness..huuu memang kena buat macam tu...kalau tak..memang tak dapat balik la..melainkan betul betul nak sedekah kat dia heh...

      Delete
  11. betul tu..kalau sekali dua pinjam, pastu bayar balik takpelah.kalau pinjam tak nak bayar tu yang menyampah dibuatnya.
    salam kenal n follow sini ye..

    ReplyDelete

Featured Post

Followers