Kartun Crayon Shin-Chan Berdasarkan Kisah Sedih dan Benar?

3:53:00 PM



Siapa tak kenal Shin-Chan? Kalau tak kenal, maksudnya zaman kanak-kanak anda tak lengkap lah !
Hee..just kidding. Kartun Shin-Chan ni mula wujud sekitar tahun 90-an lagi.
90's babies mostly familiar..other than Doraemon kan..


Secara latarnya, siri animasi Shin-Chan mengisahkan tentang telatah seorang kanak-kanak lelaki yang tinggal bersama ibu dan ayah serta seorang adik perempuan yang comel serta seekor anjing yang juga kiut-miut yang bernama Shiro. (ada setengah panggil Shiro-petto)

Namun, baru-baru ni aku ada terbaca artikel di Facebook menyatakan bahawa kartun Shin Chan berdasarkan kisah benar dan menyayat hati.
Betul ke? hee entahlah..jom baca 


Mengisahkan sebuah keluarga yang kehilangan kedua orang anaknya. Nohara Shinnosuke atau Shin Chan melihat sebuah kereta sedang laju sedangkan ketika itu Nohara Himawari sedang bermain. Shinnosuke terus berlari dapatkan adiknya itu namun kedua beradik ini dirempuh oleh kenderaan tersebut. Shinnosuke dan Himawari terkorban akibat rempuhan itu.

Pada suatu hari Nohara Misae dan Nohara Hiroshi, ibu dan bapa Shin Chan telah terjumpa krayon milik Shin Chan dalam kereta mereka. Krayon itu lah menjadi barang kesayangan mereka kerana satu-satunya barang milik Shin Chan.

Oleh kerana rindukan kedua anak mereka, Misae telah melukis watak-watak anak kesayangannya seolah-olah mereka wujud. Dipercayai, krayon itulah menjadi tajuk drama bersiri kanak-kanak itu. Namun begitu masih berlaku pedebatan antara peminat yang mengatakan drama tersebut hanyalah khayalan bukannya kisah sebenar. Walau bagaimanapun, masih ada yang mempercayai itulah kisah sebenar. (Sumber Cupie Chan Facebook)

Apa -apa pun.. buat pengetahuan semua..penulis komik ini iaitu Yoshito Usui telah meninggal dunia pada tahun 2009 akibat kemalangan di Gunung Arafune. Menurut Wikipedia,

Yoshito Usui died on September 11, 2009 after a fall at Mount Arafune. After Usui died, Futabasha originally planned to end Crayon Shin-chan in November 2009. Upon discovering new manuscripts, Futabasha decided to extend the comic's run until the March 2010 issue of the magazine, which shipped on February 5, 2010.

hee..biarlah sama ada adaptasi dari kisah benar atau tidak..kartun Shin-Chan sememangnya telah mewarnai banyak kehidupan dengan keletah lucu yang selamba sahaja.

You Might Also Like

4 comments

  1. Aksi lucu nakal tu yang menarik hati..

    ReplyDelete
  2. nakal budaknya.. hehehe tapi akak lebih kenal doraemon lagi.. almaklum sajalah kanak-kanak 80an..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doraemon sampai budak budak la ni pun..dok kenal lgi kan..tak makan zaman :)

      Delete
  3. seronok tengok cerita shinchan masa kanak-kanak dulu.

    ReplyDelete

Featured Post

Followers