Antara Tempat Tercantik Di Dunia Wajib Di Lawati

7:35:00 PM


Assalamualaikum dan hi ^^
Kali ni, kita akan berkongsi tentang beberapa tempat
 yang sangat cantik dan saya sendiri teringin nak travel !
Melissani Cave


Melissani Cave atau turut dikenali sebagai Cave of The Nymphs ( Gua Dewi / Wanita Jelita) ialah sebuah gua yang terletak di sebuah kepulauan Kefalonia (berdekatan dengan negara Greece).


Mempunyai keajaiban alam semula jadi yang cukup indah dengan air yang 
sangat jernih bagaikan kristal. Menurut mitos Greek, Melissani suatu ketika dahulu ada gua dewi-dewi atau pari-pari nymphs. Keindahan gua serta flora fauna di sekelilingnya, menjadikan kawasan ini sebagai antara hot spot bagi pengunjung yang datang menjelajah kepulauan tersebut.


Waitomo Glowworm Caves


Waitomo Glowworm Caves terletak di Waitomo, New Zealand.
Apa yang menarik di sini ialah keindahan 'lampu semula jadi' ataupun cahaya biru-hijau yang dihasilkan oleh sejenis serangga iaitu Arachnocampa luminosa. 

Macam seolah-olah berada di dunia lain sahaja !

Yuanyang Rice Paddies


Foto di atas seolah-olah seperti sebuah lukisan sahaja bukan?
Sebenarnya, gambar tersebut adalah sawah padi berteres yang hanya ada di daerah Yuanyang, China dan merupakan sawah padi berteres terbesar di dunia. Pada musim bunga, pemandangang disini sangat indah.
Lokasi terbaik untuk mereka yang gemar menangkap gambar yang cantik serta berkualiti.

 Sangat unik dan pemandangan yang cukup indah untuk dilihat.

Terdapat perbagai lagi tempat yang menarik yang anda patut lihat.
Untuk lebih lanjut, sila ke web ini untuk mengetahui tempat-tempat lain yang mampu memukau pandangan anda.


You Might Also Like

7 comments

  1. Cntiknya yang gua dewi tu...one day kalau sampai sana boleh lah nak feeling-feeling ala-ala dewi jelita.. ehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kan sambil dayung sampan kat tasil jernih tu..hee macam terapung je nampak

      Delete
  2. Cantikkkk ~~ teringinnya nak pergii >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada rezeki insyaallah teringin gak nak sampai sana hehe

      Delete
  3. Subahanallah cantiknya..bestnya kalau dapat jejak kaki kat sini.

    ReplyDelete
  4. Currently, naz hanya ingin ke Mekkah, Japan & Paris jer. heee

    Jemput Singgah baca entry naz.. : Bondaku Excident Semalam!

    ReplyDelete

Featured Post

Followers