Bride-To-Be : One Step Closer

6:18:00 PM


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah..tanggal 29 Mei 2016 yang lalu, akhirnya menjadi tunangan orang. huhu
bab kata orang sepanjang tempoh hingga ke tarikh akad..berdarah manis la kita.
lama lagi ni..mudah-mudahan semuanya berjalan lancar dan dipermudah..insyaallah..
Memandangkan tunangan ku orang jauh, keluarga angkat si dia mewakili bagi pihak keluarga nya.. bulan 12 tahun lepas, mereka sudah datang merisik..insyaallah untuk nikah dan kenduri rombongan dari sana akan menyusul.
Sebelum ini aku ada mention dalam post tentang pencarian handbouquet dan cadar untuk hias bilik tidur.. Alhamdulillah, handbouquet aku beli online di instagram...bunga artificial..RM60. Nak guna juga ni masa akad insyaallah. (nak buat sendiri malas and tak sempat huhu). Cadar pula beli di Parkson. Adik dan mama yang tolong belikan masa tu ada sale..RM200+..jenama Chester.

bacaan doa selamat

Doakan moga dipermudahkan ya kawan-kawan :)

Checklist Tunang

Attire
  • Baju - RM 250
  • Tudung - pinjam
  • Headpiece - DIY (pearl trimming rm24 /1 meter)
Makeup - free sebab adik yang set kan.. 

Catering  dan kuih-muih - RM500 dan yang selebihnya ma abah sediakan

Hantaran -
  • bekas -beli sendiri RM15/ 1 bekas
  • kek - RM60+
  • coklat kit kat rubies (tak ingat berapa)
  • jeruk pak ali
  • yang lain saudara sponsor
Handbouquet - RM 60

Cadar dan hiasan bilik - RM350 (pelamin tak buat)

Total lebih kurang RM1000++ tapi boleh dikurangkan lagi ikut keperluan masing-masing :)
Mostly ada yang boleh sewa kan contohnya macam bekas hantaran tapi aku prefer beli sebab nak guna masa kenduri kelak dan boleh diturun kepada adik-adik juga. Kalau tak guna pun..ma kata boleh jadikan bekas dia nak tanam pokok..cish :)

Apa-apa pun, planning bajet dan set kan apa yang kita perlukan ok :)






You Might Also Like

5 comments

  1. Tahniah!! Semoga dipermudahkan segala urusan...

    ReplyDelete
  2. wah. tahniahhh awakk. smoga urusan kawen brjalan ngn lancar ಠ⌣ಠ

    ReplyDelete

Featured Post

Followers