Tips Mudah Penjagaan Arnab

10:03:00 PM



Assalamualaikum dan hi =)

Comel tak bit-bit atas ni..?
Ini ialah arnab anggora..
Teringat waktu kat uni dulu..
ambil subjek ternakan.
Antara tugasan berkumpulan ialah memelihara haiwan kesayangan.

Kumpulan aku, bertuah dapat pelihara arnab.
Biarpun hanya untuk satu semester sahaja,
banyak pengalaman yang kami perolehi.
Terutamanya untuk yang kali pertama 
handle arnab macam aku ni.

Aku suka arnab, kucing and semua yang furry ni.
tapi masalah nya aku tak berani nak pegang.
Di rumah, ibu tak benarkan membela hehe..
kecuali ikan dan burung sahaja.
(itu pun haiwan kesayangan ayah yang punya..kita tukang tengok je)

Jadi, tugasan ini merupakan antara tugasan
yang best dan agak mencabar juga la..
Arnab seperti yang diketahui , haiwan yang sensitif juga.

Apa yang aku pelajari dan fahami,
arnab merupakan haiwan yang tenang.
Tidak suka suasana bising dan cepat menjadi stress.
Stress ni tak baik untuk haiwan seperti arnab
kerana boleh menyebabkan penyakit ataupun kematian juga!
Arnab tak boleh terkejut-terkejut juga ya.

Kalau nak dukung atau pegangnya pun perlu properly sebab
arnab gayat dan rasa tak selamat dengan ketinggian.
Makanan pun perlu dijaga.
Arnab boleh mati akibat keracunan makanan.
Tak semua sayuran boleh dimakan.
Antara yang perlu dijauhi ialah 
ice lettuce.

Kebersihan juga perlu dititikberatkan.
Najis nya perlu sentiasa dibersihkan.
Waktu giliran aku pelihara dahulu,
aku selalu cuci kandang dua hari sekali dan najis pula dibuang
dua kali sehari, pagi dan lewat petang.
(lagi pun aku pelihara di rumah sewa..haruslah dijaga kebersihan..nanti housemate tak senang hati..ha)

Antara makanan yang diberi sayur carrot, pelet susu, rumput alfalfa dan
pelet biasa. Bit-bit suka makan carrot dengan alfafa, pelet ia tak gemar sangat.

Antara item yang digunakan untuk jaga kebersihan dan kesihatan : air bervitamin, spray shampoo dan
antibiotik atau dettol (semburan) untuk bersihkan kandang.
Arnab anggora ini, bulunya panjang..
jadi kena rajin sikat.
takut menjadi kusut pula.
Kuku nya juga perlu dibersihkan dan dipotong sekiranya panjang.

Bila balik kelas waktu petang, selalunya
aku akan lepaskan bit-bit bermain di halaman
(berbantukan rakan-rakan..sebab aku tak cukup cekap lagi jaga dan pegang arnab)

Release tension juga bila tengok bit-bit bermain dan masa beri makan.
Walaupun tak bersuara, tapi rupanya comel dan manja juga arnab ni.

You Might Also Like

0 comments

Featured Post

Followers