Simple Rainbow Cake Recipe

8:57:00 PM

Assalamualaikum dan hi =)

Kali ini, untuk resepi aku nak share
tentang kek rainbow yang mudah dan sedap.

Aku ada buat untuk tiga versi,
iaitu first yang guna butter, second guna minyak masak dan last sekali
guna santan kelapa fresh punya.

Hasilnya?
Ada slight different dari segi teksur dan rasanya.
Tekstur boleh dibezakan, tapi rasanya hehe..yang guna santan rasa lain sedikit
berbanding guna minyak masak dan butter.

Jom usya =)

a. guna butter
b. guna minyak masak
c. santan kelapa

Kek yang aku buat ni semuanya
versi kukus.
Kalau nak cuba guna oven, boleh try especially yang guna
butter.

Resepi Kek Rainbow Simple


Bahan Kering

  • 2 1/2 cup tepung kek
  • 1/2 tsp baking powder
  • 1/2 tsp soda bikarbonat
Bahan Basah

  • 2 biji telur gred A (besar nye)
  • 1 cup susu sejat campur dengan sesudu kecil cuka epal/cuka makan (buttermilk)** kalau guna santan, tak perlu letak.
  • 2 tbsp cheese cream
  • 1 cup gula kastor
  • 1 tsp esen vanilla
  • 1 cup minyak masak / santan kelapa / butter
  • Pewarna mengikut kesukaan.
Prosedur :

  1. Sediakan pengukus dengan api yang sederhana.
  2. Untuk bahan kering, ayak tepung kek dan campur kan baking powder dan soda bikarbonat. Gaul sebati.
  3. Untuk bahan basah, putarkan gula, telur, cream cheese, esen vanilla dan **sekiranya anda nak guna butter atau minyak masak, masukkan pada peringkat awal ini. Putar sehingga kembang.
  4. Kemudian masukkan bahan kering tadi, berselang-seli dengan **buttermilk atau **santan kelapa.
  5. Bahagikan adunan mengikut jumlah warna yang diinginkan.
  6. Kukus selapis demi selapis warna. 
  7. Apabila sudah siap dan masak, tutup api dan rehatkan kek terlebih dahulu sebelum memotong dan dihidang.
** Boleh salut dengan cream cheese frosting juga. Resepi cream cheese frosting.

Kek yang menggunakan butter lebih halus dan gebu. Manakala kek 
yang menggunakan minyak masak dan santan kelapa agak moist dan fluffy.

Selamat mencuba.

You Might Also Like

4 comments

  1. Selalu akak beli tepung dkt dkt kedai yg jual bhn2 kek ke? ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalu beli kat pasaraya biasa sahaja.cam billion, the store ke.. =)

      Delete
  2. Wohooo. Asal nmpk sedap sgt niiii. Laparrrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe sedap sedap..hehe gebu gebu :3

      Delete

Featured Post

Followers