Sephora Online

11:03:00 AM




Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Tinggal kurang dari sebulan lagi before majlis. Dalam rancangan, untuk akad nak minta adik je makeup kan..(waktu tunang pun minta bantuan adik juga)



Ha..ni la adik aku. hihi..jadi dia dah pesan siap-siap sediakan bahan untuk projek makeup akad nanti haha

Nak ke sephora..jauh nun di Kuching..dekat Bintulu ni harapkan pada Guardian or Watson la.. jadi alang-alang nak membeli makeup.. try lah..Sephora Online.

Aku order eye lashes, eyeshadow pallete dan lip base.. yang ni saja takat ni aku belum ada dalam koleksi lagi.
Mula order hari Isnin ..before pukul 12 pm..  dan sampai ke tangan aku di Bintulu ni ( sephora online base nya di Singapore ) pada hari Jumaat melalui khidmat kurier Aramex..

Mulanya cuak juga..Aramex tu apa..tak pernah dengar..boleh sampai ke Bintulu tak..haha..takut kena pergi ke centre..malas sangat kot. tapi Alhamdulillah..sampai terus ke alamat yang kita tetapkan.. just in time. 



First time shopping online di Sephora..ok lah..puas hati. 😚❤❤




Next..misi nak dapatkan face powder lak.. haha..
Baru notice..tak ada bedak lagi. selalu pakai foundation ja.. pakai pixi je kot...kan. okay juga kan haha..kena tanya mak andam aku la nanti.

Anyway, adik aku ni tengah spm..makeup ni antara hobby dia. kalau sesiapa nak try area penang boleh la drop your email for her ig address. 

Toodles~~


You Might Also Like

4 comments

  1. Alhamdulillah bila dalam keluarga sendiri ada yang pandai solekkan..mudah,jimat dan tak risau tanggung kos..

    ReplyDelete
  2. nak tanya kena cas ke utk pghntrn ke rumah kalau beli sephora online ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi ! free shipping untuk order lebih dari rm80 dear

      Delete

Featured Post

Followers