Movie Review : Divergent

8:59:00 PM

Assalamualaikum dan hi!
Lama tak bersua di alam maya Mind Meld. Entry kali ini, secara khas aku nak menceritakan
pengalaman menonton antara movie terbaru iaitu ‘Divergent’ pada Jumaat lepas.
Bagi peminat filem genre science fiction and action seperti ‘Hunger Games’ misalnya, movie ini sama juga kategorinya ( kalau korang pernah tengok In Time yang dibintangi Justin Timberlake, juga genre yang sama dan memang best! )


Divergent adalah adaptasi dari novel karya Veronica Roth.
Mengisahkan tentang kehidupan selepas apocalypse, masyarakat dibahagikan kepada beberapa factions atau puak. Ha..ini yang menarik minat aku tentang puak-puak ini.



Puak Abnegation (selfless) ataupun senang cerita puak yang lebih mengutamakan kebajikan orang lain berbanding diri sendiri. Orang abnegation ini, suka membantu, tidak riak dan ada isu dengan cermin..diorang tak boleh tengok cermin lama-lama takut nanti timbul perasaan riak..ha.. Kiranya abnegation ni sangat baik hati, dan humble..rumah dan pakaian diorang pun biasa sahaja. Puak-puak lain selalu perlekeh puak abnegation dan menggelarkan puak abnegation sebagai orang bosan..stiff people.

Seterusnya puak Amity (peaceful). Puak amity cintakan keamanan. Sangat tenang dan cintakan alam. Aku tengok gaya amity macam ala-ala orang hippies je..heh..

Puak Candor (truthful) iaitu masyarakat yang sangat jujur, dan menegakkan keadilan. Mereka tidak akan berbohong dan akan cakap direct sahaja, tidak kira sama ada orang yang dengar tu suka atau tak. Puak ini yang menjaga keadilan dan memegang badan kehakiman di negara mereka.

Puak Erudite (intelligent) iaitu puak yang pandai-pandai..cakap memang ikut fakta sahaja.

Puak Dauntless (brave) iaitu puak yang sangat berani dan dare-devil la gak..aku tengok puak ini macam yang paling happening dan meriah sekali lah berbanding puak-puak yang lain.. tapi..
nak jadi dauntless memang kena betul-betul berani dan kuat.. kalau setakat suka sahaja tapi tak mampu, baik jangan..

sebab dalam sistem masyarakat puak-puak di zaman tersebut, ada ujian kecenderungan yang pemuda-pemudi kena lalui. Dari ujian itu, kita akan tahu kecenderungan kea rah puak mana, lepas itu waktu hari pemilihan, kita akan pilih puak mana yang kita nak ikut.
Kalau ikut suka sahaja tapi tak mampu nak menyesuaikan diri dengan puak tersebut, anda akan dibuang dari puak dan menjadi factionless..iaitu orang yang tiada puak…yang tiada puak ini ibarat pengemis jalanan sahaja dan dipandang hina..kesian…

Hehe berbalik dengan cerita ini, tentang divergent..ha..mencapah.. of course mesti ada twist kepada sistem puak-puak ini.. manusia mana boleh kita suka-suka hati kategorikan kepada puak-puak tertentu.. kadang-kadang dalam diri kita ini, ada semua jenis..baik hati..cintakan keamanan dan keadilan..berani.. kan? jadi ada la, konflik-konflik yang berlaku.

Dan yang pasti..harus la ada sekuel seterusnya..hehe..sama cam hunger games ..Cuma aku terkilan In Time tak ada sambungan pun..menarik sangat sangat cerita fiksyen ini tao..buat kita terfikir.. hehe..
apa-apa pun, aku berpuas hati..tak sia-sia aku bayar tiket wayang..sebab aku suka..memang kena dengan jiwa. 

heroin Shailene Woodley..hehe aku tak kenal..tapi ok la. sangat suka tengok perkembangan watak Beatrice Prior. Kemudian heronya Theo James! haha ini aku macam familiar sahaja tengok..wajah dia lebih kurang Ivan Sergei..ngee dalam series Once A Thief..tapi Ivan dah tua, dan James ni actor baru and muda hee..

Kesimpulannya : aku rasa cam nak borong novel Divergent dengan sekuel-sekuel nye saja..menarik..especially tentang kategori puak, dan bagaimana puak itu berfikir.hehe..boleh relate dengan diri. 
Are you candor?amity?abnegation?dauntless?erudite? or divergent?



“One choice can transform you..one choice can destroy you..one choice will define you..”

You Might Also Like

0 comments

Featured Post

Followers