Penang Cat Studio & Spa

11:24:00 AM

sumber : Penang Cat Studio & Spa

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Alhamdulillah seronok sangat rasanya kali ini, dapat bercuti lebih lama di Penang.
Almaklumlah..sekarang ni tiga bulan sekali dapat balik. Kena bergilir.
tapi syukur, pertukaran kali ini diluluskan..but not to Penang la..
bertukar bahagian dari Bintulu ke Sri Aman..Nak dekat dengan suami
Walaupun still dipisahkan laut Cina Selatan dengan mak ayah tapi sekurangnya, tiket nak ke Penang sehala sahaja dari Kuching. Tak perlu lagi nak transit.. Apa apa pun , moga dipermudahkan.. siapa tak sedih tinggal jauh dari mak ayah kan..
Anyway, back to our main topic. ha.. Cuti kali ini, aku dan suami jadi baby driver adik yang study di USM. Sementara menunggu habis kelas, kami ambil kesempatan jalan-jalan dulu di Penang.
Adikla yang cadangkan kami ke Penang Cat Studio & Spa ( mr Hubby pencinta kucing).

suka la tu .....

 yang putih tu suka sangat mengusik. 




Aku dan suami customer paling awal hehe.. baru je buka, masa kami datang. Iyela..lepas hantar adik kelas pagi, alang-alang terus pergi je.

Masa kami datang tu, ada antaranya sedang dibersihkan..ala ala bangun pagi la diorang ni. Jadi tak berapa banyak sangat mula-mula tu. Pekerja pun sedang mengemas , beri makan pada anak-anak bulus ni. Cekap dan kami dapat rasakan kucing-kucing ni seronok tinggal di sini. Kiranya , terjagalah.. Alhamdulillah. Kita pun tumpang happy, dapat juga merasa main kucing yang terdiri daripada pelbagai jenis baka.

Ada juga jenis yang kurang bulu tu..tapi macam eksen sikit.. haha seronok main diorang ni. Yang jenis persian pun ada. Yang ni sangat-sangat manja. Tak pergi jauh pun..dekat dekat dengan kita ja nak kita belai.




TIKET MASUK 🎫🎟
👨🏼Dewasa RM 9.00👩🏼
👶🏻Kanak2 RM 5.00👱🏼‍♀️
👨🏼‍🎓Student RM5.00👩🏻‍🎓
🌈Percuma untuk bawah umur 3 tahun 🌈

 Buka setiap hari kecuali Isnin
10.00 pagi - 10 malam


Sebenarnya, pertama kali kami datang ke studio cat ni..tak pernah lagi pergi mana-mana studio cat yang yang lain. Overall puas hati la, walaupun kami tak dapat main banyak sangat (yela awal pagi kami sampai haha..diorang pun baru nak bangun la start enjin nak main la hehe). Insyaallah nak datang lagi nanti..seronok tengok keletah si comel ni. 

You Might Also Like

2 comments

Featured Post

Followers