Dua kali keguguran

8:18:00 AM


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dah lama tak update..bersarang dah blog ni pun
Banyak cerita dan pengalaman yang nak dikongsikan.
Tahun lepas, alhamdulillah aku telah beralih status.
Tahun ni, dugaan banyak berlaku.
Allah SWT sahaja yang tahu mana yang terbaik buat aku.

Kegembiraan dan rasa excited sangat bila dapat tahu mengandung untuk pertama kali tu.. masa tu rasanya tiga bulan selepas kami berkahwin. Tapi belum rezeki kami lagi.. Kandungan aku tidak menjadi. Aku gugur waktu minggu ke 10. Aku terpaksa melalui proses D&C..Berpantanglah aku di rumah mertua ketika tu. 

Masa tu, aku rasa agak sedih juga namun tak apalah. Belum sampai masanya.
Kemudian, sekembalinya cuti raya aidilfitri. Sekali lagi, aku mengandung. Tapi kali ini, aku sembunyi-sembunyi sebab masih rasa takut perkara sama berulang. Namun, Allah sebaik-baik perancang, sekali lagi aku gugur pada minggu ke 10. Kandungan aku tidak membesar seperti yang sepatutnya. 

Tapi kali ini, keguguran berlaku secara semula jadi. Pengalaman yang sangat berbeza weh.
Insyaallah ada masa aku kongsikan pengalaman D&C atau cuci dan gugur secara semula jadi..

Perancangan daripada Allah adalah yang terbaik. Sekarang ini aku rasa, aku nak persiapkan diri sebaik mungkin. Ada hikmah nya di sebalik yang terjadi. Tipulah kalau aku kata aku tak sedih, tapi aku tak nak jadikan benda ni sebagai penyebab aku tak boleh nak enjoy dengan benda sekeliling.
Lagi pun, aku masih lagi berjauhan dengan suami. Apatah lagi dengan keluarga di kampung. 
Sebatang kara sahaja di sini. Emosi mesti kuat !

Doakan yang terbaik buat aku dan keluarga.
Semoga rezeki nak dapat zuriat yang sihat sempurna dapat kami kecapi.
Insyaallah.



You Might Also Like

3 comments

  1. takpe la kak. Allah uji sebab dia syg akak.

    ReplyDelete
  2. Allahu, redha insyaAllah setiap percaturan adalah yg terbaik.... maaf skdr pandangan kecil, next time bila dpt tau preggy cpt3x buat buku pink&dptkan ubat cucuk utk kuatkn rahim.....;-)

    ReplyDelete
  3. saya juga pernah mengalami 2x keguguran, bulan yang sama pula, cuma tahun yang berbeza..agaknya down juga..bila kita positifkan diri, setiap apa yang berlaku ada hikmahnya..semoga awak diberikan kekuatan dan tabah menghadapinya..tak kira cepat ke lambat, insyaallah ada rezeki anak Allah s.w.t berikan..

    ReplyDelete

Featured Post

Followers