Resepi Ayam Goreng Kunyit

8:07:00 AM


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ini teringin nak makan ayam goreng kunyit macam di restauran tu..
Jadi aku cuba resepi dari kak Azie.
Jom tengok apa bahan yang diperlukan dan cara nak masaknya !

Ayam Goreng Kunyit
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Isi ayam - potong kecil dilumur garam & serbuk kunyit
2 batang kacang panjang - potong 2 inci
1/2 batang karot - potong panjang
1 biji bawang besar kuning - hiris panjang
1 batang cili merah - hiris
2-3 batang cili padi - jika suka
2 ulas bawang putih - ketuk
Gula
Sedikit minyak

Cara cara:

  • Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak menggunakan api yang besar. 
  • Masukkan bawang putih dan karot terlebih dahulu sebelum dimasukkan kacang panjang, cili merah dan bawang besar. 
  • Kacau rata sehingga sayuran lembut.
  • Masukkan sedikit gula. Sesuaikan rasa. 
  • Angkat dan siap untuk dimakan dengan nasi putih panas panas dan sambal belacan. Jika suka, tuang sedikit kicap di atas nasi.


ha mudah sangat, dan hasilnya pun sedap.
Jangan lupa cuba :)

p.s : Thanks kak Azie hee 

You Might Also Like

7 comments

  1. Tempting nyaaaaaa!!! Mesti tedap... Favourite sangat ayam! πŸ˜±πŸ’•

    ReplyDelete
  2. makan dengan nasi putih panas..perghh
    JanjiKita

    ReplyDelete
  3. sedapnyeeee.. memang senang kan masak nie!

    ReplyDelete
  4. This looks easy to cook. Thanks for the recipe! :)

    ReplyDelete
  5. pernah sy try masak, eh eh masin rasanya terlebih gula :'p

    ReplyDelete

Featured Post

Followers