­

Halal Speakeasy Bar Pertama Di Malaysia!

9:00:00 AM


Assalamualaikum dan salam sejahtera dear readers.
Big news!! Ada satu bar yang halal...ok HALAL..boleh dikatakan yang pertama sekali ada di Malaysia..haa..jadi jangan risau, jangan susah hati ..bila sebut bar je..mesti fikir minuman alkohol kan...kan.. but have no fear Jibril Cafe ni muslim friendly.
Dikendalikan oleh empat orang anak muda yang merupakan penuntut jurusan undang-undang di UITM ( dan semuanya masih belajar lagi ! serius aku admire kesungguhan mereka ni )Mengambil cabaran di usia yang masih muda di samping masih lagi belajar, mereka membuka kafe tanpa apa-apa loan dan mengumpul dana sejak dari awal lagi.
ha..Zizan pun datang :)
Kenapa pilih adakan halal bar? Sekarang ni, bukannya senang nak jumpa tempat lepak-lepak yang dapat penuhi citarasa anak-anak muda. Ada yang teringin nak merasai pengalaman minum di bar dan sebagainya..but most bars serve alcohols..so, menjadi suatu restriction for those yang tak minum alkohol especially muslims.

Memang anak-anak muda sekarang ni berfikiran jauh, tambahan pula keadaan ekonomi yang memerlukan kreativiti dan kesungguhan untuk bangkit serta menonjol.


Kalau baca title post aku ni, i did mention about 'speakeasy bar' ha...
tao tak korang apa tu speakeasy??
okay.. speakeasy ni ialah suatu konsep iaitu macam'hidden bar' ha..eksklusif..
lokasi kafe ni di sebalik dinding Sangkaya di SS 15 Subang.. 
No visible doors, dan anda kena tolak dinding di Sangkaya..hee then, baru korang ketemu Jibril..
haha..mysterious kan.. 




Kafe ini juga mengetengahkan suasana ala-ala the Great Gatsby..( kalau ada yang tak tahu..boleh search filem Great Gatsby..lakonan Leonardo diCaprio) atau secara ringkas tema ala 20-an la katakan..




Suasana dan lokasi dah tahu... how about their food and drinks??
As the first speakeasy bar yang halal di Malaysia, semua makanan dan minuman yang disediakan juga muslim friendly.

Menurut salah seorang owner kafe ini, cik Akmyr Ahmad Azwan air minuman direka sendiri dengan campuran monin syrup, buahan segar serta bermacam-macam lagi.
Sebagai contoh minuman butter beer atau nama timangannya Potter, antara yang wajib korang rasa.


Manakala signature dish kafe ini, ialah Salted Chicken..haaa....memang sangat lain daripada butter chicken biasa.. wajib juga cuba !
aku pun dah jadi teringin bebenar nak rasa bila singgah di sini nanti.


famous churros pun ada hee



pakat mai...pakat cuba Jibril ni..nak merasa mocktails ke.. dengar khabar,
mocktail Jibril telah tersenarai dalam TimeOut KL sebagai mocktail terbaik dan terbest wooo..

boleh usha-usha di instagram ( jibrilss15 )
di Facebook ( jibril )
atau tweet-tweet di @jibrilss15
atau terus je serbu kafe diorang disebalik Sangkaya SS 15, Subang 






You Might Also Like

6 comments

Featured Post

Followers