Tips Penjagaan Kulit Terbaik Untuk Kulit Remaja

9:30:00 AM


Jenis kulit adalah berbeza bagi setiap individu.
Justeru, adalah penting untuk memilih produk yang tertentu dan bersesuaian.
Selain itu, faktor usia juga memainkan peranan penting juga.
Sebagai contoh, produk penjagaan kulit yang memfokuskan anti penuaan tidak semestinya sesuai untuk semua golongan khususnya bagi remaja.

Kulit remaja memerlukan penjagaan yang berbeza berbanding kulit orang dewasa.
Kebiasaannya, remaja berhadapan dengan masalah jerawat serta kulit berminyak.
Jom tengok apa yang kulit remaja perlukan !


  •  Retinoid ( Vitamin A)
Kandungan retinol dapat membantu mengawal masalah acne, jerawat atau bintik hitam. Selepas mencuci dan mengeringkan wajah, sapukan sedikit produk yang mengandungi retinol pada kulit.
  • Sunscreen (pelindung suria)
Untuk mengelakkan penuaan di awal usia serta merosakkan kulit, sentiasa memakai sunscreen sebelum keluar. Cari losyen yang mengandungi kandungan SPF 30. Sekiranya anda bersolek, gunakan foundation yang sudah terkandung sunscreen untuk pelindungan tambahan. Titanium dioksida serta zink oksida adalah contoh bahan yang dapat membantu melindungi kulit daripada sinaran matahari yang terik.
  •  Benzoyl peroxide
Bahan ini sangat terkenal dengan kebaikannya terhadap kulit yang mudah berjerawat dengan membantu membunuh bakteria pada kulit. Namun demikian, gunakan sedikit sahaja untuk permulaan kerana ia boleh merengsakan kulit. Selain itu, hati hati agar tidak tersapu pada kain atau sebagainya kerana ia bertindak seperti peluntur. ( jangan guna banyak..kalau untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif, bahan ini mungkin tidak sesuai)
  • Salicyclic acid
Bahan ini juga sangat membantu untuk merawat jerawat. Kandungan asid ini boleh melarutkan minyak yang menyumbatkan liang pori. Sel kulit mati akan tertanggal sendiri apabila menggunakan salicyclic acid. Justeru, ia sangat baik untuk menghalang lebih banyak lagi jerawat dan bintik hitam untuk tumbuh.
  • Cleanser (pembersih wajah)
Gunakan pembersih wajah yang lembut untuk wajah. Tentukan jenis kulit dahulu sama ada kering, berminyak, normal, sensitif atau kombinasi, sebelum membeli. Jauhi cleanser yang mengandungi bahan pewangi.

  • Makeup (alat solek)
Buang alat solek yang lama atau sudah expired. Pilih jenis mineral base makeup berbanding oil base makeup untuk elakkan kulit bertambah berminyak.






You Might Also Like

8 comments

  1. Ooo.. Ada beza ye produk penjagaan untuk kulit remaja dengan org dewasa.. Kite dah nak masuk 3 series.. Dah tak remaja sangat dah.. So, dah start kena guna produk khas utk anti aging la kot ye.. Gugugu.. Oh, btw done follow here..#883
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee betul tu..fokus untuk anti penuaan lak :D

      Delete
  2. oo baru tau..
    mcm rania gold dgn yg biase tu jugak lah kan
    Thanx for sharing lola..
    ayu pon bknny pandai jaga2 muke ni
    bedal mane ade je

    ReplyDelete
  3. cik fafa pun baru start pakai day cream yang ada spf30. agak terlambat jugak la bagi umur 24 tahun. hehe

    ReplyDelete
  4. ehh nice tips awak.. baru tahu ni.. kite nih kategori remaja lg kott.. muka salu berminyak..huhu

    ReplyDelete
  5. tq singgah blog nadia. Nadia da follow blog Iola. jemput follow blog nadia yer.

    ReplyDelete
  6. Say no to pimples!!
    Walaupun dah x remaja, tapi jerawat masih suka menyinggah.

    ReplyDelete

Featured Post

Followers