Tips Untuk Bina Keyakinan Diri
6:45:00 AM
Assalamualaikum dan hi ^^
One important key to success is self-confidence. An important key to self-confidence is preparation.
Salah satu kunci utama kejayaan, ialah dengan mempunyai keyakinan diri yang tinggi.
Manakala kunci untuk keyakinan diri pula ialah dengan persediaan yang lengkap.
Jom lihat..apa lagi tips-tips
untuk menaikkan keyakinan diri ataupun self-confidence.
- Penampilan Diri
Penampilan diri yang terurus menjamin kreadibiliti diri untuk berkomunikasi dan berdepan dengan masyarakat. Pilih pakaian yang sesuai dan selesa serta jaga kebersihan diri.
Anda akan berasa lebih yakin sekiranya penampilan diri anda kemas dan bersih.
- Sentiasa berfikiran positif dan cuba tenangkan diri
Keyakinan diri bermula dari kepercayaan terhadap kebolehan diri. Minda yang positif akan menghasilkan tindakan yang positif. Meskipun sekiranya anda mungkin tersilap, jangan cepat tersentap! Tenangkan2 diri dan cuba memperbetulkan kembali. Relax..Semua manusia tidak pernah terlepas daripada melakukan kesilapan.
- Role Model
Dalam mencari keyakinan diri, anda boleh jadikan seseorang yang rapat dengan anda ataupun sesiapa sahaja yang ada kenali untuk dijadikan model. Belajar melalui tingkah laku serta tutur kata yang disampaikan.
Tidak salah menjadi copycat, setelah anda mula berasa yakin..secara automatik anda akan berasa selesa untuk menjadi diri sendiri kembali. Tapi, jangan terlalu berlebihan..cukup sekadar untuk bangkitkan semangat diri sahaja.
- Tutup mata, hati, telinga dan fikiran daripada unsur negatif.
Jangan terlalu takut untuk mencuba sesuatu yang baru. Anda tidak tahu lagi apa yang akan terjadi, sekiranya anda tidak melakukannya. Fikiran negatif akan membuatkan diri anda kaku untuk ke depan
Keyakinan penting untuk menggerak seseorang ke hadapan.
Sampai bila kita mahu berada di belakang, bukan?
Selamat Maju Jaya
Jemput klik butang donate. Terima kasih
8 comments
thank you for the tips !
ReplyDeleteselalu rasa tak confident and gugup. macam ada darah gemuruh sikit.
but then, this tips sure help .
good to know =)..saya pun masih belajar untuk jadi lebih yakin. day by day, different challenges we shall meet
Deletebetul, kita sendiri semestinya lebih percaya kepada individu yang kemas berbanding yang tidak terurus sewaktu hendak berurusan =)
ReplyDeleteI need my self confidence right now..thanks for sharing awk.. =)
ReplyDeleteSalam singgah dari blog http://cintanelly.blogspot.com/
baca ni :D
ReplyDeletesetuju. confident tu penting. tp jgn over.. kena control gak..
ReplyDeletesetakat ni kita punya tahap keyakinan masih belum memuaskan.. huhu.
nice sharing (:
nice tip .. :D
ReplyDeletenice sharingggg :D
ReplyDeletenak dapat confident tu punyelah susah.
bile dah gugup, gementar habis semua hilang. hehee