Orang yang tak solat akan banyak masalah, selalu serabut, tidak tenang, cepat marah susah nak terima kenyataan dan selalu nampak salah orang lain.
- UAI-
p.s : Ya Allah, jadikan lah hamba Mu ini insan yang sentiasa mengingati Mu serta istiqamah dalam mengerjakan kebaikan. Jauhilah daku dari melakukan kemungkaran. Peliharakan lah hati ku ini dari segala keburukan. Amin :')
Daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda :
''Setiap yang meninggal dunia pasti menyesal. Para sahabat bertanya, ''Menyesal atas apa, wahai Rasulullah?'' Baginda menjawab, ''Jika dia orang baik, dia menyesal kerana tidak menambahkan kebaikannya. Jika dia orang jahat, dia menyesal kerana tidak berhenti daripada kejahatannya.''
(Riwayat Tirmizi, kitab al Zuhd no. 2403)
c/p Facebook
"Bertudunglah walaupun keadaan terpaksa.
Solatlah walaupun keadaan terpaksa. Puasalah walau keadaan terpaksa.
Kerana kewajiban itu memang kadang kala sifatnya terpaksa.
Dari keterpaksaan itu perlahan-lahan kita akan menemukan hikmah dan pada akhirnya hati pun menjadi ikhlas untuk beribadah kepadaNya. Jika harus menunggu keikhlasan hati lebih dulu untuk beribadah, sampai bila nak menunggu?
Hidayah bukan untuk ditunggu, melainkan dicari.....
InsyaALLAH..
Ia ibarat makanan, jika tidak disuap, manakan ia masuk ke mulut.."
sumber : Facebook
Pada zaman Imam Malik, terdapat seorang wanita yang buruk akhlaknya. Dia selalu tidur bersama lelaki dan tidak pernah menolak ajakan lelaki (pelacur).
Tiba pada hari kematiannya, ketika mayatnya dimandikan oleh seorang wanita yang kerjanya memandikan mayat, tiba-tiba tangan si pemandi mayat itu terlekat pada batang tubuh jenazah wanita itu.
Semua penduduk dan ulama’ gempar akan hal itu. Mana tidaknya, tangan si pemandi mayat terlekat sehingga semua orang di situ mati akal untuk melepaskan tangannya dari mayat wanita terbabit.
Sabda Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam :
"Sentiasa doa dimustajabkan untuk seorang hamba Allah selagi mana dia tidak berdoa untuk membuat sesuatu dosa, atau memutuskan silaturrahim, selagi dia tidak tergopah-gapah. Ditanya baginda : Apa itu tergopoh-gapah ?. Sabda baginda : Apabila dia berkata : aku telah pun berdoa ! aku telah pun berdoa !, tetapi aku tidak dimustajabkan untukku, lalu dia berhenti dan meninggalkan doa".
(HR Muslim).
- Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia akan menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat.
- Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakkan menyebut hal akhirat daripada menyebut hal dunia.
- Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan digeruni syaitan.
- Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah. Oleh itu, bersyukurlah kerana syukur yang sedemikian adalah syukur setinggi-tingginya.
- Apabila salah seorang antara kaum kerabat atau jiran dan saudara kamu sakit, kamu perlu ringankan langkah menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dicintai Allah.
"Kematian yang paling ringan ibarat sebatang pohon berduri menusuk sehelai kain sutera. Apakah pohon itu dapat diambil tanpa menyebabkan kain sutera itu tidak tekoyak langsung?" (Riwayat al-Bukhari)
- Pemimpin yang adil
- Pemuda yang beribadat kepada Allah Taala.
- Lelaki yang terpaut hatinya di masjid.
- Dua orang yang saling berkasih sayang, berkumpul dan berpisah kerana Allah Taala.
- Lelaki yang diajak berzina oleh perempuan rupawan dan berkedudukan tinggi tetapi menolaknya kerana takut pada Allah.
- Seseorang yang bersedekah tetapi menyembunyikan sedekahnya.
- Seseorang yang mengingati Allah di tempat sunyi, lalu mengalir air matanya.
Antara perkara luar biasa yang jarang dilakukan oleh orang lain dan boleh dilaksanakan sempena Ramadhan kali ini :
- khatam bacaan al-Quran berserta tafsir dan praktikalnya
- menghafal satu hari satu hadis dan mengaplikasikan sunnah Rasulullah saw daripada hadis yang dihafal.
- Menabung di masjid sebagai 'simpanan akaun akhirat'
- Hang out dengan kawan-kawan ke masjid untuk terawih bersama atau qiamullail bersama.
- Berpuasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi daripada melakukan perkara sia-sia.
Sumber : Gen-Q, isu 23





