Supermain

7:53:00 PM


Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Tinggal seminggu lagi persekolahan. Untuk cikgu-cikgu, selalunya minggu-minggu terakhir ni akan sibuk dengan urusan kemaskini status murid, hal ehwal panitia dan sebagainya. Namun, tak adalah sesibuk seperti di awal dan pertengahan tahun. Cuma kalau cikgu yang memegang kelas peperiksaan seperti SPM sekarang ni mungkin bertungkus lumus bimbing anak-anak didik dan melengkapkan diri sebaik mungkin..selagi tak settle paper subjek mereka. Kalau sudah, kira merdeka lah cikgu tu...buat seketika.
Bagi cikgu-cikgu lain yang tak kena jaga SPM, adalah aktiviti persekolahan lain untuk anak-anak yang dah habis peperiksaan ni. Sebagai contoh, seperti yang telah kami jalankan minggu lepas
iaitu Karnival Supermain.

Masa korang nak main, ha.... mainlah sepuas-puasnya.
Berbentuk sukantara ataupun perlawanan futsal untuk murid lelaki dan bola jaring bagi murid perempuan.

Seronoklah anak-anak masa ni..masing-masing semangat buat t-shirt kelas sempena karnival ni,
Aku selaku mama angkat anak-anak 1 KRK ni amat bertuah mendapat tajaan t-shirt dari company ibu kepada salah seorang murid ni.. 



Baju dah cantik, tapi nak buat macam mana tak ada rezeki anak-anak aku. Apa-apa pun mereka semua dapat enjoy main bersama-sama.






You Might Also Like

0 comments

Featured Post

Followers