Bride To Be : Checklist Tunang

8:30:00 AM


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Ada la bahan nak menulis sikit bila bakal dapat title bride to be ni huu..
(actually semua orang boleh dapat title ni..cuma lambat atau cepat je nak official hee)
Memandangkan aku ni anak sulung..majlis keraian macam kenduri kahwin..tunang semua ni memang baru la bagi kami sekeluarga. Setakat kenduri kesyukuran, rumah terbuka itu sudah biasa dan rasanya tak ada banyak masalah atau hal-hal berbangkit sangat.

Iyelah.. selalu nya, isu adat dan tata cara orang-orang Melayu ni kan ada special sikit..
Kami sekeluarga cuba juga tanya-tanya rakan-rakan yang pernah melalui.
Apa yang kena bawa..apa yang perlu disedia..sireh junjung nak ada juga ke...hantaran ..penetapan tarikh, mas kahwin and so on..

Pening la juga..tapi alhamdulillah..untuk tunang nanti..insyaallah semudah yang mungkin.
tak nak terlalu ikut adat sangat..bukan apa. bakal tunangan aku ni orang jauh..dan bukanlah sebangsa dengan aku..jadi ibu bapa aku tak nak susahkan dan menyusahkan.. 

Alhamdulillah juga, insyaallah keluarga angkat bakal tunangan sudi mewakili bagi pihak keluarga pihak lelaki memandangkan mereka juga baru sahaja datang merisik akhir tahun lepas. 
Jadi, masa upacara penting nanti baru rombongan dari Sarawak akan datang. 

Planning aku, tak nak buat pelamin. Maybe just hias bilik tidur sahaja..
Cuti Mac ingat nak start deco.. tapi rumah masih tak siap renovate lagi.
Jadi hias-hias bekas hantaran sajalah.



1. Baju bertunang (checked)

sumber dari minimalace

untuk baju bertunang, aku dah lari sangat bajet hehe...beli baju dari minimalace. Dah lama berkenan sara songket dress ni cuma tak tahu nak beli untuk apa dengan harga yang agak macam tak berbaloi untuk saja-saja pakai.
Dah alang kata nak tunang kan....ngee beli je la. cuma, tudung nanti pakai yang sedia ada saja. kena jimat balik huhu

2. hantaran ( almost done  )


simple je aku nak buat. bekas kayu pallet ni aku beli dari Bongkahkayudeco, online shop dekat instagram. Murah bagi aku setakat yang aku survey.
Beli masa promo, RM 15 jatuh untuk satu bekas. aku beli 14 bekas.. rata-rata jual RM25..tapi kedai ni RM20 saja..and beli lebih dari 11 dapat diskaun.
Tunang t nak guna 5 saja..yang lebih tu untuk kenduri kelak.
Rumput tu pun diorang ada jual juga..seller dia pun bagus orangnya. Kain burlap aku ada beli juga dari rusticbuzz..di instagram juga.
So far, deco semua dah siap, tinggal nak isi barang saja. yang tu, aku serah dekat mak aku nanti..tak sempat den nak buat...bagi ongkos sahaja..including untuk sireh junjung juga.
Bajet dalam RM 200 juga.

3. Cincin tunang (checked)
Beli dengan si dia and rakan-rakan masa di Kuching. Aim nak ke kedai emas di Majma' Mall..dengar kata murah. tapi tutup..last-last g Tomei. Biasa-biasa saja :)

4. Handbouquet (still searching)
Masih mencari lagi..sapa-sapa..promot la kat aku huhu



5. Catering ( ongoing )
Catering aku minta ma ayah uruskan, tapi ongkos nya aku belum serah g ngee..jap na ma abah hoho
Bajet untuk 100 orang sahaja, termasuk pihak lelaki dan sanak saudara pihak perempuan.

6. Hias bilik bakal pengantin ( ongoing )

Aku tak nak buat pelamin untuk tunang ni..jadi mak aku request hias bilik saja nanti. aku fikir ok la juga..boleh terus simpan untuk kenduri nanti kihkih..save save..
Langsir semua, serah dekat mak aku..dia desginer rumah. hihi..cadar je ak tak beli lagi..kalau tak jumpa juga..memang kena minta adik-adik aku la g cari..bajet RM300..dah usha di parkson tapi tak terbeli sebab aku sorang masa tu..jadi tak dapat nak confirmkan nak beli atau tak.. bunga dah beli bajet dalam RM 150 juga la.. beli di WSS dan AtuZ ..ada kad member dapat murah skit.



itu je kot kan? simple as possible..Ya Allah moga dipermudah urusan kami. AMIN

You Might Also Like

5 comments

  1. Dah nak tunang diaaaa . tahniah ^^ moga dpmudahkan segalanya :)

    ReplyDelete
  2. oklah tu bertunang sekadar sarung cincin dalam bilik.tak perlu terikut trend pelamin ni.membazir

    ReplyDelete
  3. hehehehe tenn...boleh ambik tips hg jugak ni. =)

    ReplyDelete
  4. menarik baju tunang warna itam tu..songket

    ReplyDelete

Featured Post

Followers