Pasar Tamu Bintulu

8:30:00 AM


sumber google

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Kali ni nak share antara tempat wajib dikunjungi..
iaitu Pasar Utama Bintulu (PUB) atau Pasar Tamu Bintulu..Tapi selalunya, orang-orang sini sebut pub je haha..
Tamu ni kalau tak salah mula dibuka seawal 5 atau 6.00 pagi ( kat sini kul 6.00 pagi tu dah macam 7.00 pagi..) dan tutup awal. ( ada kedai pukul 3 petang dah tutup)

Terletak di bandar lama Bintulu, bersebelahan dengan Bintulu Esplande, tamu ni besar dan terbahagi kepada beberapa bahagian. Kalau tingkat atas ada kedai makanan dan handicraft ( sini nak dapat kain songket ke batik atau kek murah-murah adala..kena pandai tawar) 

Tingkat bawah pula ada jual sayur dan ikan.
Luar daripada tamu utama ada tamu kecil pula..
dekat sini la ada makanan exotic seperti ulat sagu, ular, biawak, labi-labi dan sebagainya. (yang ini ada waktu pagi sahaja)
Nak beli ikan terubuk masin, pucuk midin, belacan bintulu dan sebagainya di sini juga.

buah anggur ada daun ? haha



You Might Also Like

3 comments

  1. first time datang pasar kat Sarawak ni rasa pelik sebab raya dah habis pun diorang jual buluh lemang lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe diorang kalau ada pesta ke atau saja-saja hidang lemang..

      Delete
  2. macam Pasar Siti Khadijah, Kelantan.. kat bawah jual barang basah, kat atas barang kering.. kain2 pun ada..

    ReplyDelete

Featured Post

Followers