Resepi Classic Cheesecake Mudah

9:00:00 AM


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sebenarnya aku tak sempat pun nak ambil proper picture sebab cepat sangat habis. Nasib baik aku ada simpan sikit dalam tupperware. 
Kek ni sebenarnya aku buat waktu pagi, lepas tu sejuk kan dahulu di luar sebelum potong.
Kami sekeluarga keluar rumah (lawat saudara) dan balik agak lewat juga.
As soon as sampai, adik cakap "nak makan kek hang". 

So potong la few slice and aku pun simpan sikit dalam fridge and masuk tidur while ahli keluarga lain tengok tv rasanya.

Hehe bangun pagi, mama cakap tengok la bawah tudung saji..


Hah..ciput je..nasib baik ada simpan sikit. 


Sedap berkrim heee.. crust nya juga tak berderai dan rapuh. Hee nah resepi untuk korang pula cuba :)

Resepi Classic Cheesecake Mudah

Bahan-bahan :

- Untuk crust
  • 250 g digestive biskut ( guna oreo pun boleh, biskut tiger atau marie pun boleh)
  • 4 tsp gula kastor
  • 5 tsp butter (dicairkan)
- Langkah-langkah 
  1. Hancurkan biskut dalam blender atau food processor. Sambil tu, masukkan juga gula dan butter yang dicairkan bersama biskut yang dihancurkan tadi, dan blend sekali lagi sehingga sebati.
  2. Sediakan bekas acuan kek.
  3. Tuang biskut yang telah di blend bersama gula dan butter tadi ke dalam acuan, dan bentukkan tapak crust. Tekan dan seratakan permukaan.
  4. Bakar dalam oven selama 10 minit pada suhu 150 darjah Celcius.
  5. Kemudian, keluarkan dari oven dan biar ia sejuk seketika.
- Untuk filling
  • 250 g cream cheese
  • 1/2 cup gula kastor
  • 1 biji telur gred A (2 biji kalau saiz kecil)
  • 1/4 cup buttermilk
  • 1 tsp vanilla essence
  • 2 tsp sunquick (pakai jus limau/ lemon pun boleh)
  • 200 ml thick cream (whip cream atau heavy cream pun boleh)
- Langkah-langkah
  1. Putarkan cream cheese yang sudah dilembutkan bersama gula kastor sehingga berkrim.
  2. Masukkan telur dan putar pada kelajuan ringan.
  3. Diikuti buttermilk dan putar. Kemudian baru masukkan esen vanila dan sunquick serta putar sekali lagi.
  4. Akhirnya masukkan thick cream pula dan putar sehingga sebati.
  5. Tuang ke dalam acuan yang sudah dilapisi dengan crust tadi.
  6. Bakar selama sejam pada suhu 150 darjah Celcius.
  7. Sejukkan pada suhu bilik selepas keluar dari oven.
  8. Boleh potong untuk dimakan.
  9. Kalau nak yang lebih cantik dan sedap, simpan dalam peti sejuk selama beberapa jam sebelum dihidang.
Selamat mencuba :)






You Might Also Like

5 comments

Featured Post

Followers